KERAJAAN disarankan untuk membina laluan yang lebih mesra kerusi roda di kawasan tanah perkuburan bagi memudahkan pergerakan penggunanya.
Harapan itu disuarakan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz menerusi satu ciapan di laman X (Twitter) miliknya, pada Isnin.
Beliau dalam pada itu turut berkongsi satu rakaman video memaparkan suasana di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
BACA LAGI: Kes 2 pelajar maut keracunan, KKM sahkan sarapan disediakan pengendali makanan luar
BACA LAGI: Anak kena kudis buta sampai kuku tercabut, doktor kongsi petua elak kutu berjangkit
Happy Raya everyone. I hope to see cemeteries in Malaysia cater to wheelchair users. Does this come under the jurisdiction of @kpkt_gov ? If so, then this is another thing i will continuously bother you guys with @NgaKorMing and @al_jundiathirah.#WorkingTowardsMADANI#Seksyen9 pic.twitter.com/GZd5W2pGU3
— Dr Noraishah Mydin Abd Aziz (@AbdMydin) June 17, 2024
Beliau yang datang untuk menziarahi kubur ahli keluarganya difahamkan tidak berpeluang untuk mendekati kubur tersebut dengan lebih dekat, ekoran tiada laluan yang disediakan untuk pengguna kerusi roda.
"Tidak semua (kawasan) di Malaysia mempunyai laluan mesra kerusi roda.
"Tanah perkuburannya bagus, cuma (ia) tiada akses untuk memudahkan pengguna kerusi roda," ciapnya.
Bekas Pensyarah kanan di Jabatan Parasitologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) itu juga turut mempersoalkan kementerian yang bertanggungjawab dalam mengendalikan penyediaan kemudahan seperti itu.
"Adakah ini berada di bawah bidang kuasa KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)?
"Jika ya, maka saya akan berterusan 'mengganggu' kalian," katanya.
Untuk rekod, Noraishah merupakan penghidap penyakit spina bifida sejak lahir dan pernah diumumkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram