Tak mudah nak hapuskan, jangan senangkan kerja scammer


  • Massa
  • Jumaat, 26 Jan 2024

Scammer pada ketika ini mudah mendapatkan maklumat peribadi seseorang ekoran daripada segelintir masyarakat yang tidak cakna dengan dunia teknologi maklumat. — Gambar Hiasan

JENAYAH dan penipuan semakin menjadi ancaman dalam ruang siber terutama membabitkan masyarakat yang kurang terdedah dengan selok-belok dunia teknologi maklumat dan modus operandi sindiket penipuan.

Manakan tidak, melihat kepada kes yang melibatkan jenayah digital, masih ramai yang tidak mengamalkan tatacara atau penggunaan teknologi yang betul bagi mengelak diri daripada serangan siber.

Terbaharu, pempengaruh media sosial, Pendakwah Teknologi pada Khamis meluahkan kerisauannya terhadap segelintir masyarakat yang bersikap sambil lewa apabila dia memberi kesedaran kebocoran data dalam laman web terbuka.

"Ada orang pernah komen apalah sangat yang boleh dibuat kalau maklumat diri bocor? Dia nak transfer (pindahkan) RM2 juta ke?"

"Anda nak tahu apa yang orang boleh buat apabila maklumat peribadi anda seperti nama, alamat dan nombor telefon bocor?

"Saya tolong kongsikan salah satu bentuk penipuan yang pernah dibuat dahulu. Scammer akan menghantar surat tipu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan maklumkan anda ada cukai yang tertunggak.

"Selepas itu, scammer akan hubungi anda selepas surat itu tiba di rumah anda dan penipu itu akan takutkan anda," tulisnya.

BACA LAGI : Terkejut cari nombor MyKad di Google keluar data peribadi, sijil PMR pun ada

422924371_842003367936586_1748528952559781458_n

Contoh surat tipu LHDN yang digunakan oleh penjenayah untuk menipu orang awam sehingga mereka menjadi mangsa scam. — Facebook

BACA LAGI : [VIDEO] Sewa bilik RM9 sejam, murid sekolah menengah antara 5 pasangan kena cekup buat maksiat

Tambahnya lagi, ramai yang menjadi mangsa penjenayah siber yang semakin licik pada ketika ini.

"Dahulu kalau dapat panggilan telefon, mungkin orang tak percaya. Tapi kalau dah sampai surat dengan logo LHDN dekat rumah, ramai yang terpedaya.

"Ini adalah salah satu sebab kenapa saya bising isu data peribadi yang dikongsikan secara terbuka di internet. Nak hapuskan scammer bukannya mudah, tapi dalam masa yang sama jangan menyenangkan kerja scammer itu," luahnya.

Terdahulu, Majoriti melaporkan seorang warga maya meluahkan kerisauannya selepas data peribadi termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan (IC) dan alamat rumahnya boleh didapati dengan mudah.

Difahamkan, data peribadi individu tersebut telah dimuat naik oleh orang lain melalui laman web terbuka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram