Gara-gara percaya rakan sambung bayar kereta, niat lelaki nak 'refinance' rumah terbantut


  • Bizz
  • Isnin, 17 Jun 2024

Niat seorang lelaki untuk membiayai semula rumahnya terbantut gara-gara mempunyai rekod tunggakan bayaran kereta. — Gambar hiasan

NIAT seorang lelaki untuk membiayai semula rumahnya terbantut gara-gara mempunyai rekod tunggakan bayaran kereta.

Perkongsian itu didedahkan seorang ejen hartanah, Rubi Hasman menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya pada 14 Jun lalu.

Berkongsi dengan lebih lanjut, Rubi memaklumkan urusan membiayai semula itu tergendala disebabkan pelanggannya mempunyai tunggakan kereta yang sudah lama tidak bayar.

BACA LAGI: Selesaikan masalah rakyat lebih efektif, 3 isu KPKT perlu beri fokus pada 2024

BACA LAGI: MBIP banteras aktiviti ubah suai rumah secara haram

"Minggu lepas saya dapat satu kes nak membiayai semula rumah. Bila semak dokumen semua nampak okey, kelayakan pinjaman pun boleh lepas.

"Prospek bercadang nak kurangkan komitmen bulanan. Jadi dengan biayai semula insya-ALLAH boleh bantu. Cuma dia kena sedia maklum refinance akan menyebabkan dia kena bayar bulanan pinjaman lebih lama," katanya.

Prospek bercadang untuk membiayai semula rumahnya bagi mengurangkan komitmen bulanan. — Gambar hiasan

Bagaimanapun, difahamkan kenderaan tersebut sudah dijual kepada rakannya dengan cara sambung bayar.

Ujarnya, masalah timbul apabila rakan tersebut tidak membayarnya sehingga kini.

"Lepas dah dapat kereta bayaran bulanan masih okay lagi. Tapi lama-lama tak bayar dah sampai sekarang.

"Yang jadi mangsa adalah penama kereta tersebut. Kawan yang dia percaya sedap saja guna kereta itu secara percuma. Bayaran ke mana, nama dia yang ada rekod buruk.

"Berhati-hati apabila terlalu percayakan orang. Rancangan nak kurangkan bayaran bulanan komitmen tak kesampaian," ujarnya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram