Israel tutup jalan di Gaza, sekat kemasukan haiwan korban Aidiladha


  • Benua
  • Ahad, 16 Jun 2024

Suasana sambutan Aidiladha di Gaza berbeza susulan sekatan terbaharu Israel. — Agensi

DALAM umat Islam bergembira meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha, suasana berbeza buat ratusan ribu saudara kita di Semenanjung Gaza susulan sekatan terbaharu Israel.

Menurut kenyataan pejabat media Gaza pada Sabtu, tentera Israel melakukan jenayah baharu dengan menghalang kemasukan haiwan korban menerusi penutupan semua lintasan Semenanjung Gaza, termasuk lintasan sempadan Rafah dan lintasan Kerem Shalom.

Menurutnya, larangan itu merupakan satu pelanggaran hak asasi manusia yang jelas dan mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan dan Islam.

BACA LAGI: AS akur pendirian Malaysia tapi tegaskan bantuan ke Palestin perlu ikut saluran betul

BACA LAGI: [VIDEO] Rakyat Malaysia terjatuh kapal di perairan Bangladesh, rakan sekerja mohon doa semua

2

Menghalang kemasukan haiwan korban menerusi penutupan semua lintasan Semenanjung Gaza. — Agensi

"Tanggungjawab moral dan undang-undang memerlukan masyarakat antarabangsa untuk melakukan campur tangan secara serius bagi menamatkan pembunuhan beramai-ramai dan menghentikan pencabulan hak dan hak asasi umat Islam secara terang-terangan", lapor Agensi Anadolu.

Hampir 37,300 rakyat Palestin terbunuh di Gaza sejak Oktober tahun lalu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan hampir 85,200 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram