Enam PATI kantoi guna jalan tikus masuk Kuching, diusir balik ke Indonesia


  • 112
  • Ahad, 16 Jun 2024

Cubaan enam warga Indonesia yang bertindak menceroboh masuk ke Malaysia menggunakan ‘jalan tikus’ gagal.

CUBAAN enam warga Indonesia yang bertindak menceroboh masuk ke Malaysia menggunakan ‘jalan tikus’ gagal selepas tindakan itu berjaya dihidu Tentera Darat Malaysia (TDM).

Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen menerusi satu kenyataan memaklumkan, pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota TDM dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD).

Pasukan keselamatan berkenaan sedang melaksanakan tugasan rondaan di Sektor Pos GABMA Biawak, berdekatan ‘lorong tikus’, iaitu pada jarak lebih kurang 118 meter dari sempadan Indonesia, pada pukul 4.10 petang, Sabtu.

BACA LAGI: Kes Zayn Rayyan: MCMC kenal pasti laman media sosial sebar maklumat bocor

BACA LAGI: Kes Zayn Rayyan: Pendedahan 'Edisi Siasat' adalah fitnah — Peguam

"Semasa sedang melaksanakan rondaan, anggota ronda tentera terserempak enam PATI sedang berjalan dari arah sempadan Indonesia dan bertindak menahan serta memeriksa mereka.

"Hasil siasat ke atas kesemua PATI itu mendapati mereka dalam perjalanan untuk berkerja di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, hasil daripada penahanan dan pemeriksaan terhadap enam PATI, termasuk seorang wanita mendapati tiada barang terlarang serta berbahaya dijumpai bersama mereka.

"Anggaran nilai keseluruhan barangan yang diperiksa adalah berjumlah RM10,020 iaitu melibatkan wang tunai, telefon bimbit, beg dompet dan beg pakaian.

"Kesemua enam PATI dibawa ke sempadan negara untuk pengusiran," tambahnya.

Mohamed Fauzi Kamis

Ujarnya lagi, laporan polis dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa.

Sementara itu, Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua anggota di bawah naungannya.

"TDM terus komited memperketat kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram