ORANG ramai menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyiasat satu gambar tular memaparkan seorang individu mengisi minyak petrol RON95 ke sebuah kenderaan bernombor pendaftaran asing.
Kejadian yang dipercayai berlaku di Masjid Tanah, Melaka itu dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook Komuniti Masjid Tanah pada Ahad.
Berdasarkan maklumat awal yang dikongsikan, seorang pengguna Facebook memberitahu bahawa dia sudah menegur pemandu berkenaan yang dipercayai berasal dari Singapura, bagaimanapun dia masih berdegil dan dengan selamba mengisi minyak keretanya.
BACA LAGI: 'Tengoklah nanti', rakyat resah rumours harga petrol RON95 naik makin kuat
BACA LAGI: Harga petrol termasuk RON95 dijangka naik berperingkat akhir 2023
Difahamkan, lelaki berkenaan menafikan dirinya datang dari Singapura, sebaliknya mengakui bahawa keretanya menggunakan nombor plat negeri Sabah.
"Saya tanya dia, awak kereta Singapura kan? Dia jawab, bukan...ini kereta Sabah, yakin sahaja Sabah," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menggesa pihak penguat kuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemandu tersebut.
"Sepatutnya kerajaan kena tegaskan kepada pengusaha stesen minyak agar ada yang duduk di bahagian luar untuk pantau kereta-kereta luar dari Malaysia," kata Ayie Varis.
Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa berhubung perkara tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram