KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) memberi keutamaan untuk menyelesaikan kes permohonan kewarganegaraan melibatkan kategori di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia kerana permohonan dua kategori tersebut adalah paling tinggi setakat ini, diikuti dengan kategori anak yang lahir di luar negara daripada ibu warganegara tetapi bapanya bukan warganegara.
Menurutnya, berdasarkan data, permohonan kewarganegaraan melibatkan anak luar nikah adalah tinggi.
BACA LAGI: Orang ramai jangan dahului mahkamah berhubung status anak pasangan tular di Kedah — Pendakwah
BACA LAGI: Kes Zayn Rayyan: Pendedahan 'Edisi Siasat' adalah fitnah — Peguam
Permohonan kewarganegaraan melibatkan anak luar nikah adalah tinggi. — Gambar hiasan
"Kanak-kanak ini tidak sepatutnya didiskriminasi kerana kesalahan ibu bapa mereka.
"Jadi, kita proses segera, kerana itu kita letakkan tahun lepas petunjuk prestasi utama (KPI) (selesai) 14,000 kes dan kita capai tepat pada Disember 2023. Sekarang angka itu sudah mencecah lebih 15,000.
"Sasaran tahun lepas sudah dicapai, paling tidak kita kekalkan momentum sama tahun ini,” katanya.
Beliau turut memaklumkan, terdapat juga permohonan kewarganegaraan di bawah kategori naturalisasi, namun hanya melibatkan sebilangan kecil sahaja.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution mengesahkan polis menerima laporan mengenai kebocoran dokumen berhubung siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin dan perkara itu sedang disiasat.
Laporan polis itu dibuat susulan penyebaran maklumat yang didakwa ada kaitan dengan kes pembunuhan kanak-kanak autistik yang dilaporkan hilang pada 5 Disember tahun lalu.
Ditanya sama ada kerajaan akan menyekat platform Telegram susulan kebocoran laporan siasatan kes tersebut, beliau menyerahkan kepada Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil untuk menjawabnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram