Lelaki asal Klang hilang sejak minggu lalu ditemukan mati dalam semak di Hulu Selangor


  • 112
  • Ahad, 16 Jun 2024

Mayat lelaki yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu ditemui dalam semak di tepi jalan besar Felda Soeharto, Hulu Selangor, Selangor pada Sabtu. — Facebook

MAYAT seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu ditemui dalam semak di tepi jalan besar Felda Soeharto, Hulu Selangor, Selangor pada Sabtu.

Mayat mangsa ditemui bersebelahan sebuah motosikal jenis Honda EX5, dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu.

Lelaki yang berusia 57 tahun itu difahamkan keluar dari rumahnya di Taman Sentosa, Klang bertujuan membeli barang sebelum kehilangannya disedari anak lelaki berusia 29 tahun.

BACA LAGI: Kes Zayn Rayyan: MCMC kenal pasti laman media sosial sebar maklumat bocor

BACA LAGI: Kes Zayn Rayyan: Pendedahan 'Edisi Siasat' adalah fitnah — Peguam

WhatsApp Image 2024-06-16 at 16.47.30

Mayat mangsa ditemui bersebelahan sebuah motosikal jenis Honda EX5. — Facebook

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pengadu membuat laporan berhubung kehilangan tersebut pada 9 Jun lalu di Balai Polis Klang.

“Honda EX5 ditunggang mangsa adalah milik pengadu. Siasatan mendapati, mangsa dipercayai terbabas semasa melalui jalan besar berkenaan.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kuala Kubu Bharu mendapati kematian mangsa berpunca daripada kecederaan pada dada.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram