BARU-BARU ini, sebuah firma penyelidikan memberi jangkaan bahawa harga RON95 dan diesel akan melonjak dalam masa terdekat.
Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata, pengapungan mengikut harga pasaran bagi RON95 dan diesel boleh menjimatkan subsidi bahan api kerajaan sebanyak RM29 bilion.
Menurutnya, ia bermakna harga dijangka meningkat sebanyak 64 peratus bagi RON95 dan 61 peratus bagi diesel.
Untuk rekod, setakat Rabu, RON95 berada pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter.
Meskipun belum ada pengumuman rasmi mengenai peningkatan harga tersebut, media sosial sudah mula dibanjiri dengan keluh kesah warga maya berhubung situasi itu.
Bukan sahaja rakyat biasa, malah ahli perniagaan juga mula menzahirkan kebimbangan impak sekiranya berlaku pengapungan harga minyak dalam masa terdekat.
BACA LAGI: Salah ikut kawan pergi kelas KAFA, murid SK Briekfields 2 ditemukan selamat lepas hilang 5 jam
Kenaikan harga minyak dijangka memberi kesan terhadap kenaikan kos sara hidup di negara ini.
BACA LAGI: Harga petrol termasuk RON95 dijangka naik berperingkat akhir 2023
Baik di Facebook mahupun laman X (Twitter), rata-ratanya mula menyuarakan pelbagai pandangan masing-masing berhubung jangkaan lonjakan harga petrol yang dibuat HLIB.
Menurut @MrAgrestz, kenaikan itu pastinya akan memberi kesan terhadap kenaikan kos sara hidup di negara ini.
"Isunya (ialah) kesan selepas minyak petrol naik, segala kos bahan mentah akan naik.
"Kos rumah dan segala benda akan naik berganda. Kalau semua naik, tetapi dapat bantuan sikit dengan alasan kemas kini PADU (Pangkalan Data Utama) dapat bantuan bersasar? Adakah ia berbaloi?" soalnya.
Tangkap layar pandangan warga maya di laman X berhubung jangkaan harga minyak.
Luah @syahir7_Z pula, dia mengakui ia adalah salah satu langkah dalam usaha menjimatkan perbelanjaan negara, namun ramai yang akan terkesan dengan pelaksanaannya.
"Fahamlah nak buat subsidi bersasar petrol dan diesel untuk jimatkan perbelanjaan. Tapi macam mana rakyat nak claim balik subsidi itu? Koyak ni minyak RM3 lebih.
"Teori bolehlah cakap harga barang tak sepatutnya naik tapi kalau berpijak pada dunia nyata, kau tahulah," tulisnya.
"Itu yang geng pertahankan harga minyak naik tak nampak, sejak dulu lagi 100 peratus harga barang/makanan akan naik sekali tak turun dah. Kalau kerajaan lain ganti dan bagi balik subsidi macam biasa pun dah terlambat, harga tidak akan turun," kata @hypertsuna66. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram