[VIDEO] Tak lepas potong, penunggang motosikal maut dirempuh lori di Sukabumi


  • Benua
  • Sabtu, 15 Jun 2024

Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Lebak Jaya RT 03/07, Kecamatan Cicurug, daerah Sukabumi pada Jumaat.

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Lebak Jaya RT 03/07, Kecamatan Cicurug, daerah Sukabumi, Indonesia pada Jumaat.

Mangsa yang dikenali sebagai MN berusia 50 tahun, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

Nahas yang berlaku kira-kira pukul 7 petang itu turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) premis berdekatan, sebelum dikongsikan di media sosial.

BACA LAGI: Zayn Rayyan: Hanya seorang suspek terlibat, letak mayat waktu hujan lebat — Polis

BACA LAGI: Kes Zayn Rayyan: Pendedahan 'Edisi Siasat' adalah fitnah — Peguam

Menerusi klip berdurasi 44 saat itu, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah lori yang berada di kanan sebelum motosikalnya terjatuh.

Lebih parah, separuh badan lelaki tersebut digilis lori berkenaan.

Sementara itu, Ketua Unit Trafik Polis Sukabumi, Ipda M Yanuar Fajar, mangsa dalam perjalanan dari Cicurug menuju ke Parungkuda, Kabupaten Sukabumi.

"Mangsa cuba memotong sebuah lori yang nombor pendaftarannya masih belum diketahui.

"MN tidak dapat mengawal kelajuan motornya ketika cuba memotong lori berkenaan. Akibatnya, dia terjatuh di sebelah kanan jalan dan tayar belakang lori tersebut melanggarnya," ujarnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram