Harga petrol termasuk RON95 dijangka naik berperingkat akhir 2023


  • Massa
  • Isnin, 29 Mei 2023

Kadar harga subsidi RON95 dan diesel pada ketika ini masing-masing ditetapkan pada RM2.05 serta RM2.15 seliter

HARGA siling subsidi untuk RON95 dan diesel dijangka tertakluk kepada semakan dan berpotensi untuk ditingkatkan secara beransur-ansur bermula akhir tahun ini.

Penganalisis PublicInvest Research, Sabrina Edora berkata, sekiranya langkah tersebut dilaksanakan, harga sebenar RON95 tanpa subsidi bakal mencecah sekitar RM3.22 seliter berbanding RM2.05 seliter ketika ini.

Kadar harga subsidi diesel pada ketika ini ditetapkan pada RM2.15 seliter

“Selain itu, kami menganggarkan penghapusan subsidi bahan api untuk kumpulan pendapatan T20 akan meningkatkan inflasi sebanyak 0.45 hingga 0.75 mata peratusan tambahan setiap tahun,” katanya.

PublicInvest Research menjangkakan inflasi keseluruhan di Malaysia berkemungkinan berada pada purata antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus pada 2023.

Recipients' family members under the Prihatin Kasih programme shopping for groceries at Giant Hypermarket at Bandar Baru Tinggi Klang. — KK SHAM/The Star

Sabrina berkata, tinjauan inflasi cenderung kepada risiko ketara ke arah peningkatan kerana mengambil kira faktor ekonomi kekal terdedah kepada potensi perubahan dalam dasar domestik berkaitan dengan subsidi dan kawalan harga.

Jangkaan itu bagaimanapun dinyatakan dengan kaveat bahawa sebarang pindaan pada had harga minyak runcit atau pelaksanaan langkah kawalan harga mungkin menjejaskan unjuran itu.

Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini menjangkakan inflasi pada tahun ini berada antara 2.8 peratus hingga 3.8 peratus.

Dalam pada itu, Sabrina berkata, inflasi keseluruhan memperlihatkan trajektori menurun dalam tempoh beberapa bulan sebelum ini, didorong khususnya oleh pelbagai faktor kos.

Menurutnya, inflasi teras bersedia untuk kekal pada paras tinggi berikutan keadaan permintaan yang kukuh walaupun keadaan permintaan ketika ini secara umumnya berkurangan.

Katanya, tinjauan inflasi cenderung kepada risiko ketara ke arah peningkatan kerana mengambil kira faktor ekonomi kekal terdedah kepada potensi perubahan dalam dasar domestik berkaitan dengan subsidi dan kawalan harga.

Kemungkinan itu turut disumbang oleh perkembangan berlaku dalam pasaran kewangan dan harga komoditi global. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram