Trend berhutang bank demi 'travel oversea', berfoya-foya boleh wujudkan tekanan sosial


  • Massa
  • Sabtu, 08 Jun 2024

Melancong boleh dianggap sebagai satu terapi diri, namun boleh memakan diri jika berbelanja berlebihan termasuk membuat pinjaman peribadi yang tidak sepatutnya. — Gambar hiasan

MELANCONG boleh dianggap sebagai satu terapi diri.

Tidak dinafikan, menikmati suasana di tempat baharu, berjumpa rakan baharu dan mempelajari budaya baharu berupaya memberi satu kepuasan yang luar biasa buat sesetengah individu.

Bagaimanapun realitinya, tidak semua orang mampu melancong, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan destinasi di luar negara.

BACA LAGI: Penasihat hartanah dedah trend berjimat hantar ibu bapa duduk bilik sewa, tak guna lagi khimat pusat jagaan orang tua

BACA LAGI: [VIDEO] Sampai bergegar kereta nak selamatkan budak ditinggalkan tidur sendirian dalam kereta di Miri

Ia kerana aktiviti itu memerlukan satu peruntukan bajet yang tertentu, yang pastinya bukan dalam jumlah sedikit.

Kadar tukaran mata wang, harga tiket penerbangan, kos penginapan dan makanan yang tinggi menjadi antara faktor yang menyebabkan impian tersebut sukar direalisasikan.

1

Mempelajari budaya baharu adalah kepuasan bagi sesetengah individu.

Kos melancong yang tinggi menyebabkan segelintir anak muda bertindak membuat pinjaman wang di bank hanya gara-gara hendak pergi melancong.

Trend mengejutkan itu didedahkan seorang pengguna laman X (Twitter) dengan nama akaun Tag Jones menerusi satu ciapan pada Khamis.

"Tolong beritahu ini tidak benar, ada bekas rakan sekerja cakap sekarang ada trend budak-budak muda buat pinjaman peribadi semata-mata nak pergi melancong.

"Lepas itu update story waktu melancong nampak macam orang kaya, kau gila ke dik? Saya susah nak percaya," ciapnya.

Sikap ingin menunjuk-nunjuk di media sosial masing-masing difahamkan menjadi faktor tindakan itu dibuat khususnya dalam kalangan anak-anak muda.

Apatah lagi, ketika ini ada sahaja trend melancong baharu yang dikongsikan terutamanya di aplikasi TikTok.

Sudah pasti, kebanyakan pengguna media sosial khususnya anak-anak muda tidak mahu ketinggalan untuk membuat trend tersebut.

Dalam pada itu, ciapan yang mendapat lebih 3,000 tanda suka setakat pukul 9.30 malam, Jumaat itu nyata menerima banyak komen yang turut mengkritik trend tersebut.

2

Sikap ingin menunjuk-nunjuk di media sosial difahamkan menjadi faktor trend anak muda membuat pinjaman di bank.

"Adik -adik semua, saya gembira ciapan ini mendapat perhatian yang sewajarnya.

"Tolong ya, fikirkan masa depan. Kami ini bukan perlu kisah pun komitmen kalian sebab kami bukan adik-beradik kalian.

"Tapi kami menegur ikhlas dik. Jangan buat benda-benda macam ini, tidak berbaloi. Dunia socmed flex itu ini semua tipu," ujarnya.

Rata-rata komen turut mengakui betapa media sosial memberikan pengaruh yang sangat kuat terhadap masyarakat.

"Kawan saya cakap ia adalah perkara biasa. (Buat) pinjaman RM40,000 kemudian pergi melancong. Lepas itu balik cari duit bayar hutang.

"(Tapi) tak pasti tentang pinjaman untuk melancong acah kaya, mungkin itu trend baharu," tulis @Z5537923364482. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram