[VIDEO] Kepala terkulai, penghulu daerah Kampar maut tertimbus tar


  • 112
  • Khamis, 06 Jun 2024

Mayat mangsa (dalam bulatan) ditemukan dalam timbunan tar di lokasi kejadian.

SEORANG penunggang motosikal maut selepas tertimbus di bawah timbunan tar dalam kemalangan di Jalan Tanjung Tualang, Kampar, Perak pada Rabu malam.

Mangsa kenali sebagai Hanapiah Ismail, 40-an difahamkan bertugas sebagai Penghulu Mukim Teja, dalam daerah Kampar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, seramai 13 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.13 malam.

BACA LAGI: MCMC rakam keterangan 4 individu sebar kandungan palsu penganjuran majlis tilawah al-Quran

BACA LAGI: MCMC, PDRM desak TikTok, Meta pantau kandungan memudaratkan

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kemalangan, lori membawa muatan tar dilihat terbalik hingga menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave tertimbus di bawah timbunan tar tersebut.

"Mangsa dikeluarkan dari bawah timbunan tar menggunakan peralatan khas.

"Lelaki tersebut bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

446865378_843919917768478_6417356503376939714_n

Mangsa difahamkan bertugas sebagai Penghulu Mukim Teja, dalam daerah Kampar. — Facebook

Sabarodzi turut memaklumkan bahawa operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 8.55 malam.

Berdasarkan maklumat dikongsikan, mangsa dalam perjalanan dari sebuah majlis di Ipoh.

Dalam pada itu, tular di Group WhatsApp mengatakan bahawa mangsa meninggal dunia dalam keadaan mengerikan, dengan kepalanya dikatakan terkulai ke belakang badan dipercayai akibat kecederaan pada tengkuk. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram