Tepis stigma orang ramai, lelaki kongsi realiti kos sara hidup di P.Pinang jauh lebih murah berbanding KL


  • Massa
  • Jumaat, 07 Jun 2024

Kos sara hidup di Pulau Pinang dikatakan lebih rendah berbanding di Kuala Lumpur. — Gambar hiasan

KOS sara hidup meningkat dari hari ke hari seiring peningkatan harga barangan dan perkhidmatan, seterusnya menambahkan lagi beban masyarakat Malaysia.

Selain berubah mengikut peredaran masa, kos sara hidup juga berbeza mengikut lokasi sama ada di luar bandar mahupun bandar.

Pulau Pinang sebelum ini pernah dikatakan sebagai antara negeri dengan kos hidup paling tinggi berbanding bandar raya lain di negara ini termasuk Kuala Lumpur.

BACA LAGI: Trafik dijangka sesak teruk sepanjang Ramadan, pengendali lebuh raya diarah bersedia

BACA LAGI: Bukan deposit tetap mana-mana parti, PRK Sungai Bakap mungkin saksikan persaingan terbuka 4 penjuru

Menepis anggapan tersebut, seorang pengguna laman X (Twitter), @itsdann.ashrf berkongsi pengalamannya menjalani kehidupan di ibu kota bersandarkan pendapatan sebanyak RM2,800 sebulan sebelum ini.

Meskipun masih bujang ketika itu, dia mengakui jumlah tersebut sememangnya tidak cukup untuk menampung kehidupannya.

"Duit banyak habis dekat minyak dan tol. Saya tinggal di Damansara dan pejabat di Bangsar, perjalanan sekitar 25 kilometer (km) setiap hari. Disebabkan (kesesakan) trafik, kos pengangkutan lebih tinggi," katanya.

Heavy traffics coming into Kuala Lumpur on the PLUS highway near the Sg Buloh R&R as people are returning home after the Chinese New Year holidays. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Penduduk di Kuala Lumpur perlu menempuh kesesakan lalu lintas yang luar biasa dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja. — Gambar hiasan

Lelaki itu kemudian mengambil keputusan untuk berpindah ke Pulau Pinang, namun segelintir individu mengatakan kepadanya bahawa kos sara hidup di Pulau Mutiara itu adalah lebih kurang sama dengan di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun selepas berpindah, dia mendapati anggapan itu adalah tidak benar sama sekali.

"Sejujurnya, saya memang sangat bersyukur, asbab berhijrah di Pulau Pinang, rezeki ALLAH lebih luas.

"Saya juga boleh simpan wang pengangkutan kerana trafik di sini tidak teruk macam di Kuala Lumpur.

"Yang orang kata trafik sini teruklah apalah sebab mereka datang waktu cuti sekolah," tulisnya lagi.

Sebagai rekod, berdasarkan panduan Belanjawanku 2022/2023 yang diterbitkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya, kos hidup untuk golongan bujang di Lembah Klang meningkat sebanyak RM60 kepada RM1,930 berbanding RM1,870 dalam Belanjawanku 2019.

Berdasarkan perbandingan mengikut 12 bandar utama, Lembah Klang merekodkan kos hidup yang paling tinggi diikuti oleh George Town, Pulau Pinang dan Johor Bahru, Johor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram