Trafik dijangka sesak teruk sepanjang Ramadan, pengendali lebuh raya diarah bersedia


  • Massa
  • Ahad, 10 Mac 2024

Pihak berkuasa menjangkakan peningkatan jumlah trafik di lebuh raya bertol semasa waktu berulang-alik sepanjang bulan puasa, yang dijangka bermula pada Selasa. — Gambar hiasan

LEMBAGA Lebuhraya Malaysia mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya membuat persiapan rapi terutama pada waktu puncak bagi memastikan pengguna lebuh raya mendapat perjalanan yang selesa, selamat dan lancar sepanjang Ramadan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Sazali Harun dalam satu kenyataan berkata, pihak berkuasa menjangkakan peningkatan jumlah trafik di lebuh raya bertol semasa waktu berulang-alik sepanjang bulan puasa, yang dijangka bermula pada Selasa.

“Antara inisiatif perlu dilaksanakan ialah penjadualan semula masa pengaktifan lorong pasang surut atau lorong pintar selaras dengan perubahan waktu bekerja dan memastikan semua kemudahan yang disediakan di kawasan rehat dan rawat, hentian sebelah dan plaza tol berada dalam keadaan baik, termasuk bekalan air dan kebersihan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sazali turut menggesa syarikat konsesi lebuh raya untuk mempertimbangkan perubahan dalam waktu berulang-alik pengguna sepanjang bulan Ramadan apabila melaksanakan penutupan lorong untuk kerja penyelenggaraan.

BACA LAGI: Kurang sebulan tarikh tamat pendaftaran, ada lagi langsung tak tahu pasal PADU

FOR METRO SOUTH EAST..........STANDING ALONE....pic onlyA lot of people visiting Bazaar Ramadan to buy foods for breaking fast at Taman Adda Height, Johor Baru. Pic by ABDUL RAHMAN EMBONG/The Star

Umat Islam di Malaysia dijangka akan memulakan ibadah puasa bermula Selasa ini. — Gambar hiasan

BACA LAGI: [VIDEO] Pegawai kanan datuk bandar mati kena tembak depan rumah ketika nak hantar cucu pergi sekolah

Tambahnya, pihak terbabit juga harus mengenal pasti kawasan 'hotspot' dan menyediakan kemudahan tambahan sementara untuk menguruskan peningkatan jumlah trafik.

“Mereka harus meningkatkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi memudahkan pergerakan lalu lintas, terutama di lokasi kritikal seperti di lampu isyarat selepas susur keluar lebuh raya bagi mengelak limpahan trafik,” ujar kenyataan itu lagi.

Sementara itu, beliau berkata Kementerian Kerja Raya dan pihak berkuasa, serta semua syarikat konsesi lebuh raya, perlu sentiasa mengambil berat tentang keselesaan pengguna lebuh raya dan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik.

Pengguna lebuh raya boleh menghubungi pusat pengurusan trafik pihak berkuasa di 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat tentang keadaan trafik atau mendapatkan bantuan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram