‘Kontena Israel’ hanya transit di Pelabuhan Tanjung Pelepas — Kastam Johor


  • 112
  • Rabu, 05 Jun 2024

Kontena yang memiliki logo syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel hanya transit sementara di PTP. — Gambar hiasan

KONTENA yang memiliki logo syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, hanya transit sementara di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor sebelum menunggu untuk dihantar ke negara penerima.

Pengarah Kastam Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, hasil pemeriksaan mengesahkan kontena tersebut merupakan kontena muatan pindah kapal (transhipment), iaitu satu proses pergerakan barang yang dibenarkan Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Sebagaimana proses ‘transhipment’ biasa, kargo akan bergerak dari pelabuhan berlepas ke pelabuhan destinasi melalui pelabuhan ketiga dalam jadual perjalanan. Kontena tersebut akan transit sementara di pelabuhan ketiga dan akan ke destinasi seterusnya (negara lain)," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

BACA LAGI: Status kandungan kontena dipercayai milik syarikat Israel masih tak diketahui, kerajaan negeri Johor tunggu laporan penuh

BACA LAGI: Azmin dan Hamzah belum cukup syarat, tiada keperluan tanding rebut jawatan Timbalan Presiden BERSATU — Wan Saiful

=

PTP telah diwartakan sebagai Zon Perdagangan Bebas di bawah Akta Zon Bebas 1990.

Aminul Izmeer memaklumkan, hasil semakan turut mendapati tiada pergerakan dagangan ke dalam Malaysia sama ada melalui pintu keluar atau pintu masuk (import dan eksport) menggunakan kontena syarikat perkapalan tersebut.

Menurut beliau, pelabuhan tersebut merupakan pelabuhan kedua di negeri Johor dan telah diwartakan sebagai Zon Perdagangan Bebas di bawah Akta Zon Bebas 1990.

"JKDM Johor sentiasa memastikan kawalan yang sempurna di pintu keluar dan pintu masuk negara bagi urusan import atau eksport termasuk menguatkuasakan larangan import atau eksport kontena milik syarikat perkapalan dari Israel oleh MOT," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram