Melaka jadi contoh, ramai sokong petisyen 'Car Free Zone' di Bukit Bintang


  • Tular
  • Ahad, 02 Jun 2024

Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur sentiasa sesak dengan kenderaan terutamanya di hujung minggu.

KESESAKAN jalan raya di tengah kota Kuala Lumpur mencetuskan pertikaian dalam kalangan masyarakat terutamanya bagi golongan bekerja di kawasan itu.

Meskipun dilengkapi pelbagai fasiliti pengangkutan awam, namun isu kesesakan lalu lintas masih menjadi permasalahan utama dengan lambakan kereta terutamanya di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Merupakan antara lokasi tumpuan pelancong dalam kalangan rakyat tempatan mahupun luar negara, ia sekali gus menjejaskan sektor perniagaan yang terpaksa berdepan isu ltersebut saban hari.

BACA LAGI: Warga maya dakwa Bukit Bintang dah lama jadi 'port' persundalan warga asing, minta DBKL ambil tindakan segera

BACA LAGI: [VIDEO] Warga asing ada rekod jenayah ganggu wanita di Bukit Bintang kena pijak 'berjemaah'

Justeru, warganet di laman sosial baru-baru ini mencipta satu petisyen sokongan agar Jalan Bukit Bintang dijadikan sebagai Zon Bebas Kenderaan sama seperti di Bandar Hilir, Melaka.

Menjadikan Bandar Hilir sebagai contoh terbaik, rata-ratanya yakin bahawa langkah itu mampu menambah baik situasi serta sektor pelancongan di Kuala Lumpur jika ia dilaksanakan.

Seorang warganet turut mencipta ilustrasi gambaran Jalan Bukit Bintang tanpa sebarang kenderaaan di laman X.

photo_2024-06-02_10-22-47

Gambaran Jalan Bukit Bintang tanpa kenderaan.

"Bagus konsep ni, memang boleh jadi di Kuala Lumpur kalau kerajaan pandang daripada sudut 'eco-friendly', bebas kenderaan di Bukit Bintang," kata Jasper.

"Patut dah lama buat, simpang dekat Bukit Bintang tu sentiasa sesak tak pernah lengang, lagi lewat malam lagi sesak dengan kenderaan, sokong 100 peratus petisyen ni," ujar Fariss87.

"Elok tiru macam Melaka, ramai pelancong tertumpu pada hujung minggu jadi kereta pun tak boleh masuk, perniagaan pun makin maju," tambah Nurhanjauhari.

"Paling menyampah kalau di Bukit Bintang waktu malam, banyak tempat menarik di kawasan sekitar tapi tak tahu mana nak parkir, tambah pula dengan jalan bising sesak banyak kereta, patutnya dah lama petisyen ni dibuat," jelas Farukighaz.

Untuk rekod, pelaksaan Hari Bebas Kenderaan di Bandar Hilir dijalankan pada selama tiga hari iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pukul 6 petang hingga 1 pagi.

Penutupan dan perubahan jalan itu bermula dari Persimpangan Jalan Laksamana dengan Jalan Banda Kaba melalui Jalan Banda Kaba, Lorong Chan Koon Cheng dan Jalan Chan Koon Cheng hingga Hotel Equatorial, Bandar Hilir Melaka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram