Warga maya dakwa Bukit Bintang dah lama jadi 'port' persundalan warga asing, minta DBKL ambil tindakan segera


  • Massa
  • Sabtu, 13 Apr 2024

Orang awam menggesa pihak DBKL untuk mengambil tindakan segera berhubung aktiviti persundalan yang semakin meningkat di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

ORANG awam menggesa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengambil tindakan segera dan tegas berhubung aktiviti persundalan yang dikatakan semakin menjadi-jadi di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Perkara tersebut diluahkan melalui laman media sosial X (Twitter) MALAYSIA MOST VIRAL pada Jumaat.

"Aktiviti pelacuran dan persundalan warga asing di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

"Bayar RM80 kongsi empat orang," ciapnya.

Pada masa sama, pentadbir laman X berkenaan turut memuat naik gambar seorang lelaki berpakaian wanita yang didakwa menawarkan perkhidmatan seks kepada empat orang warga asing.

"Yang bert**t**k itu jantan rasanya.

"Suara bapak garau. Sepanjang jalan Bukit Bintang memang meriah aktiviti pelacuran mencari rezeki dan urut," dakwanya

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu, bayi meninggal dunia kereta remuk terperosok bawah lori tangki

Menjengah ke ruangan komen, ciapannya itu telah mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

Menurut @MdmRoseNor, kawasan tersebut sudah lama menjadi sarang aktiviti yang tidak bermoral.

"Bukit Bintang sudah lama menjadi port persundalan baik lelaki atau wanita.

"Malah ada juga pelacur dari negara asing yang terlibat menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

"Port 'open secret' yang dibiarkan sekian lama dan akhirnya akan membebankan sektor kesihatan negara.

"Aktiviti ini juga akan meningkatkan risiko rasuah dan kemasukan pelacur dengan tiket pelancong," dakwanya.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Allahuakbar', saksi nampak rider terpelanting rempuh Black Maria di Melaka

Seorang lagi warga maya, @daminAmin mengakui kawasan Bukit Bintang tersebut sudah tidak selamat untuk warga tempatan.

"Memang banyak pelacur berkeliaran di kawasan itu, pelbagai 'warna' dan saiz.

"Bukit Bintang sudah tidak selamat. Mana DBKL? Mohon ambil tindakan segera.

"Jangan sampai kita menjadi sarang pelacur seperti Thailand," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram