SEORANG warga asing yang didakwa mengganggu wanita tempatan menerima padah selepas dia dibelasah beramai-ramai oleh pekerja restoran makanan segera di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Isnin.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan, warga asing berkenaan pada mulanya mengacau salah seorang pekerja wanita di premis tersebut.
Malah difahamkan, situasi itu bukan kali pertama terjadi kerana suspek kerap menggangu golongan wanita di kawasan tersebut.
Melalui video tular berdurasi 16 saat yang dikongsikan di laman X (Twitter) pada Selasa, suspek dilihat ditumbuk dan ditendang oleh beberapa orang lelaki.
Suspek juga dilihat cuba melawan namun tindakannya itu hanya menyebabkan beberapa individu lain bertindak menyerang suspek.
Turut kelihatan, orang awam dan pengurus restoran berkenaan cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
BACA LAGI: Warga asing lunyai dipukul, dihentak 3 lelaki di Ipoh, Perak
Menjengah ke ruangan komen, @nisarosdan mendakwa warga asing berkenaan selalu mambuat kacau di kawasan tersebut.
"Elok pun kena pukul mamat warga asing ini, selalu datang kacau pekerja perempuan.
"Lebih teruk lagi, suspek pernah ugut kawan tempat kerja saya hanya kerana tidak mempedulikan warga asing tersebut.
"Dia selalu datang dan mengintai kawan saya di tempat kerja," ciapnya.
Tambahnya lagi, warga asing tersebut juga mempunyai rekod jenayah sebelum ini.
"Saya bukan pekerja di situ tetapi kerja di kawasan (Bukit) Bintang.
"Supek sememangnya dikenali di kawasan ini dan sebelum ini pun dia pernah buat hal.
"Dia juga ada rekod jenayah dan pernah masuk penjara," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan rakaman video tular itu pukul 11.50 pagi Isnin.
"Polis menahan seramai lima individu terdiri daripada empat warga tempatan berusia 20 tahun dan seorang warga asing berusia 33 tahun.
"Kesemua mereka dipercayai terbabit dalam pergaduhan yang berlaku lebih kurang pukul 8.30 malam," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Noor Dellhan berkata, kesemua suspek lelaki warga tempatan direman sehari bermula Selasa manakala warga asing tersebut selama empat hari bagi membantu siasatan.
Kes katanya, disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram