TIGA rakyat Palestin dilaporkan terbunuh akibat serangan rejim Zionis ketika sedang menyediakan bantuan makanan secara amal di kem pelarian Nuseirat, Palestin pada Jumaat.
Mangsa, Tariq, Hamza dan Abdul Rahman Darwish maut dalam serangan udara yang disasarkan pada kenderaan awam di kawasan berkenaan.
Ketiga-tiganya dipercayai sedang menyediakan makanan dalam misi bantuan kemanusiaan di Gaza sebelum disahkan maut di lokasi tersebut.
Rakaman sebelum kejadian sempat dirakamkan dan tular di laman X.
Tiga pemuda sukarelawan sempat memasak untuk mereka yang kelaparan di kem pelarian Nuseirat sebelum dibunuh tentera Israel.
Mangsa terkorban adaah Tariq, Hamza dan Abdul Rahman Darwish. pic.twitter.com/RP7kgm7I1J
— CyberBorg (@borg_cyber) June 1, 2024
Untuk rekod, tentera Israel melancarkan beberapa siri serangan di wilayah Timur Palestin dengan satu pertempuran dilaporkan berlaku berhampiran kem Nuseirat.
Israel meneruskan serangan kejamnya ke atas Gaza sejak serangan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu, walaupun resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata segera dilakukan.
Setakat ini, lebih 36,200 rakyat Palestin telah terbunuh dengan sebahagian besarnya adalah wanita dan kanak-kanak dengan 81,800 lagi dilaporkan cedera parah. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram