[VIDEO] Tiga maut terperangkap dalam Vellfire lepas terbabas masuk parit dekat Johor Bahru


  • 112
  • Sabtu, 01 Jun 2024

Tiga maut selepas kereta dinaiki terbabas di sebuah parit dekat Jalan Skudai, Johor Bahru, Johor pada Sabtu. — Ihsan bomba

SATU kemalangan maut dilaporkan berlaku membabitkan tiga mangsa terkorban di Kilometer 5 Jalan Skudai, Johor Bahru, Johor pada Sabtu.

Kejadian berlaku selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki, hilang kawalan dan terbabas di sebuah parit kawasan berkenaan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Penguasa Bomba Kanan I Haizrul Rahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang berlaku di hadapan sebuah hotel sekitar pukul 7.20 pagi.

BACA LAGI: [VIDEO] Vellfire remuk kena hempap pokok tumbang di KL, kenderaan Ketua Menteri Melaka dilapor nyaris terima nasib sama

BACA LAGI: Tukar kenderaan rasmi menteri kepada Vellfire lebih jimat — Kementerian Kewangan

Susulan itu katanya, seramai 12 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan melibatkan sebuah MPV jenis Toyota Vellfire terbabas dan masuk ke dalam parit dengan kedalaman kira-kira dua meter.

"Terdapat tiga mangsa terperangkap dalam kenderaan. Pihak bomba bertindak mengeluarkan semua mangsa menggunakan tali dan stetcher," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa iaitu seorang lelaki dan dua wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir di tempat kejadian.

Katanya, semua mayat diserahkan kepada pihak polis dan operasi tamat pukul 8.40 pagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram