Perak dipetik lawan Harimau Malaya, JDT dan TFC patut jadi 'sparring partner'


  • Podium
  • Rabu, 29 Mei 2024

Persiapan terbaik cuba direncanakan Harimau Malaya untuk aksi penting pada awal Jun nanti. — Facebook/FAM

DUA aksi penting menanti skuad kebangsaan pada Jun nanti apabila mereka bakal berdepan Kyrgyzstan dan Taiwan dalam perlawanan terakhir Kumpulan D bagi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Nasib mereka yang boleh dikatakan ibarat telur di hujung tanduk menyukarkan hasrat untuk ke peringkat seterusnya dengan kesemua tiga mata wajib diperolehi.

Jadi, persiapan terbaik perlu dilakukan pengendali pasukan, Kim Pan-gon yang sudah tentu runsing ketika ini akibat kehilangan beberapa tonggak utama, termasuk Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi.

BACA LAGI: JDT, Terengganu dipetik jadi lawan sparring Harimau Malaya sebelum aksi kelayakan

BACA LAGI: Sikh Izhan bersama 2 bintang Penang FC bakal kongsi DNA Akmal Rizal bersama Harimau Malaya

445369993_1157800701959831_1083751979365058696_n

Pan-gon sudah tentu runsing dengan keadaan semasa Harimau Malaya. Facebook/FAM

Namun, baru sahaja sehari sesi latihan berkumpulan diadakan, sudah terdapat perkhabaran kurang menyenangkan diterima peminat bola sepak tempatan selepas dilaporkan tiada lawan tersedia bagi aksi persahabatan.

Perlawanan pemanas badan boleh dianggap sesuatu yang cukup penting meskipun hampir kesemua pemain dipanggil sudah cergas memandangkan aksi Liga Super sudah berlangsung untuk tiga minggu.

Tetapi, dengan kali terakhir masing-masing berada di atas padang bersama-sama adalah pada Mac, terdapat kesangsian bahawa mereka tidak mempunyai persefahaman antara satu sama lain.

Bagaimanapun, berdasarkan satu ciapan Zulhelmi Zainal Azam, Harimau Malaya hanya akan berdepan sebuah kelab Liga Super berpangkalan di Utara tanah air sebelum berdepan Kyrgyzstan di tempat lawan pada 6 Jun akan datang.

WhatsApp Image 2024-05-29 at 10.59.07

Satu aksi persahabatan menentang Perak FC dilaporkan sudah dirancang. X/PerakTheYob

Jadi, selepas beberapa perbincangan hangat dibuat di laman media sosial, penyokong berasakan Perak FC merupakan kelab dipilih dengan kelab itu kini memiliki skuad cukup baik.

Meskipun hanya berada di tangga kelapan liga, gaya permainan diterapkan ketua jurulatih, Yusri Che Lah membuatkan mereka sebagai calon terbaik untuk aksi persahabatan.

Namun, keputusan memilih mereka sukar diterima pengikut setia Harimau Malaya kerana mereka beranggapan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengadakan perlawanan itu berdepan mana-mana negara.

"Kenapa tidak berdepan mana-mana negara seperti biasa? Adakah lambat buat persiapan atau tiada mana-mana yang berminat. Harapnya ada jawapan dari FAM," kata Zam Hisham.

2485F616-390C-4FA0-BAC1-B45963C8E804

Terengganu dan JDT masih menjadi pilihan penyokong Harimau Malaya. Facebook/FAM

"Bila kali terakhir kita tengok Harimau Malaya berdepan kelab Liga Super ni ya? Kalau tak silap, Perak pernah jadi lawan pada 2003, cuma tak pasti," kata Pak Kob.

Malah, ada juga beranggapan skuad The Bos Gaurus (TBG) bukanlah lawan terbaik memandangkan Terengganu FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) dapat memberikan cabaran lebih hebat.

"Banyak lagi kelab Liga Super boleh dipilih, kenapa FAM nak lawan Perak juga? Bukankah kita ada JDT yang ada fasiliti lengkap dan pemain cukup hebat," kata Yob Jam.

"Terengganu FC pun boleh dipilih rasanya kerana tidak banyak pemainnya dipanggil ke dalam skuad kebangsaan. Kalau dapat lawan mereka, pasti cukup menarik," kata Naim Jabar.

Bagaimanapun, keputusan untuk berdepan Perak FC masih belum dimuktamadkan dengan khabar angin berkenaan timbul tanpa sebarang pengesahan dibuat mana-mana pihak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram