Sikh Izhan bersama 2 bintang Penang FC bakal kongsi DNA Akmal Rizal bersama Harimau Malaya


  • Podium
  • Jumaat, 24 Mei 2024

Sudah tentu pengalaman Akmal dalam skuad kebangsaan sebelum ini boleh diterjemahkan oleh tiga tonggak Penang FC itu sendiri. — Facebook/Penangfc

PADA Khamis, Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Jun nanti.

Daripada senarai itu, Pan-gon mengekalkan seramai 16 daripada 24 pemain daripada skuad ketika menentang Oman pada 21 dan 26 Mac lalu.

Beberapa pemain terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan seperti Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Azam Azmi Murad dan Romel Morales.

BACA LAGI: [VIDEO] Aidil dedah dapat baca servis Thailand, Farhan idam hatrik Piala Dunia

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan sebab Ultras, tekong Thailand merungut sistem 15 mata beri kelebihan Malaysia muncul juara Piala Dunia

WhatsApp Image 2024-05-23 at 21.57.07

Sikh Izhan Nazrel (tengah), Syamer Kutty Abba (kiri) dan Adib Ra’op antara tonggak Penang FC yang dipanggil untuk memperkuatkan jentera Harimau Malaya. — Facebook/Penangfc

Syafiq Ahmad, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Adib Ra’op dan Engku Shakir Engku Yacob antara pemain baharu yang tersenarai.

Menariknya aksi tersebut, selain Adib Ra’op, dua lagi tonggak Penang FC turut dipanggil untuk memperkuatkan skuad kebangsaan bagi menghadapi aksi kelima dan keenam Kumpulan D berdepan Republik Kyrgyz pada 6 Jun dan berdepan Chinese Taipei (11 Jun).

Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan DNA Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang akan diterjemahkan oleh anak-anak buahnya iaitu Sikh Izhan Nazrel, Syamer Kutty Abba dan Adib Ra’op bersama Harimau Malaya nanti.

Akmal Rizal

Akmal dikenali sebagai jurulatih yang paling berani mempertaruhkan pemain-pemain berusia 23 tahun ke bawah.

1. Pengalaman Akmal Rizal dalam Harimau Malaya

Pengalaman yang meluas dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan menjadi harapan buat trio kelab Utara tanah air untuk membuktikan kecemerlangan Akmal sebagai seorang bekas pemain Harimau Malaya.

Bukan itu sahaja, reputasi Akmal yang cukup baik dalam kalangan penyokong diharapkan dapat membantu tiga tonggak Penang FC itu untuk beraksi cemerlang bersama skuad kebangsaan.

Malah, sentuhan Akmal Rizal itu dapat disaksikan ketika bersama skuad Bawah 23 Tahun (B-23) dengan gaya permainannya yang moden cukup diminati rata-rata penyokong tanah air.

Sudah tentu pengalamannya dalam skuad kebangsaan boleh diterjemahkan oleh tiga tonggak Penang FC itu sendiri.

KUALA NERUS, 20 Sept -- Pemain Terengganu FC (TFC) Muhammad Akhyar Rashid (dua, kiri) diasak oleh pemain Penang FC pada Kejohanan Empat Penjuru Pra Musim 2024 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak malam ini.Keputusan penuh menyaksikan TFC menang tipis 1-0 ke atas Penang FC.--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pemain Penang FC mengasak tonggak Terengganu FC, Akhyar Rashid pada Kejohanan Empat Penjuru Pramusim 2024 di Stadium Sultan Mizan Zainal

2. Gaya permainan moden

Sejak mengemudi Harimau Kumbang, kehadiran Akmal seolah-olah memberi nafas baharu apabila tampil dengan gaya permainannya yang cukup moden.

Bukan itu sahaja, Akmal juga dikenali sebagai jurulatih yang paling berani mempertaruhkan pemain-pemain berusia 23 tahun ke bawah.

Di bawah kendalian Akmal, Penang FC sering melakukan perubahan dari segi persembahan dalam setiap perlawanan bagi menarik minat penyokong.

Dalam pada itu, dengan kehadiran trio Penang FC itu dijangka akan membantu skuad kebangsaan untuk meraih keputusan positif meskipun ketiadaan pemain seperti Arif Aiman dan Faisal Halim.

Bukan itu sahaja, kualiti dimiliki oleh Adib Raop dalam mengambil sepakan percuma juga boleh memberikan satu dimensi baharu dalam gerakan serangan Harimau Malaya.

Penang FC

Anak-anak buah Akmal menampilkan semangat juang yang tinggi.

3. Semangat ke hujung minit

Dua perlawanan Liga Super 2024 setakat ini, gawang Penang FC masih tidak dirobek oleh mana-mana pasukan selepas mengikat Sabah FC dan Terengganu FC dengan keputusan 0-0.

Meskipun tidak mencetak gol dalam dua perlawanan tersebut, semangat juang yang ditampilkan oleh anak-anak buah Akmal nyata membuahkan hasil kerana tidak membenarkan pintu gol bocor.

Bukan itu sahaja, semangat juang serta komitmen skuad Harimau Kumbang antara perkara positif yang boleh diterapkan dalam skuad kebangsaan nanti.

Meskipun sukar mencetak gol dalam kempen Liga Super namun ketiga-tiga pemain Harimau Kumbang itu memiliki pengalaman untuk mengikat pihak lawan.

Kehadiran Syamer juga dijangka boleh mengatasi isu di bahagian tengah apabila pasukan itu sering berdepan kesukaran dalam mematahkan serangan lawan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram