Rehat lama, belum dapat rentak sukarkan Tok Gajah jinakkan Harimau Selatan


  • Podium
  • Isnin, 27 Mei 2024

Sebahagian aksi pemain Sri Pahang yang pastinya tidak mahu mengulangi kesilapan sama apabila berdepan JDT sekiranya melibatkan penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR). — Facebook/SriPahangFC

MENJELANG perlawanan ketiga Liga Super 2024, pastinya penyokong tanah air sepertinya tidak sabar untuk melihat pertembungan menarik antara Johor Darul Ta'zim (JDT) berdepan Sri Pahang FC.

Dalam perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada 22 Jun nanti akan menyaksikan dua taktikal berbeza akan dibawakan oleh pengendali tempatan dan luar negara.

Skuad Harimau Selatan berada dalam momentum terbaik ketika ini selepas meraih dua kemenangan dengan lapan gol tercetak dalam dua perlawanan berdepan Negeri Sembilan FC dan Kuala Lumpur City FC.

BACA LAGI: Dua gol klinikal import TBG bikin Sang Kenari gigit jari di laman sendiri

BACA LAGI: [VIDEO] Hatrik gagal dicapai, penantian 33 tahun Malaysia 'sapu bersih' Piala Dunia Takraw berkecai

WhatsApp Image 2024-05-26 at 21.48.30-2

Manuel Hidalgo (tengah) meledak dua gol buat Sri Pahang dalam aksi berdepan Kelantan Darul Naim dan Kuching City. Facebook/SriPahangFC

Berbeza pula dengan skuad Tok Gajah yang kini dilihat tidak berada dalam momentum terbaik apabila hanya meraih satu kemenangan berdepan Kelantan Darul Naim dan terikat 2-2 menentang Kuching City FC.

Prestasi Sri Pahang ketika ini dalam keadaan membimbangkan apabila hanya menghasilkan tiga gol dalam dua perlawanan meskipun mempertaruhkan bintang utama seperti Manuel Hidalgo, Sergio Aguero dan Adam Nor Azlin, Azrif Nasrulhaq, Kpah Sherman dan Kuvondik Ruziev.

Tok Gajah dilihat sukar untuk menembusi benteng pertahanan JDT apatah lagi jika berhasrat mahu menembusi pintu gawang yang dijaga ketat oleh Ahmad Syihan Hazmi.

Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan tiga sebab mengapa rekod kemenangan JDT sukar dicalar oleh Tok Gajah lebih-lebih lagi aksi tersebut akan berlangsung pada bulan Jun.

Pastinya dengan rehat yang cukup lama ini akan memberi kesan kepada momentum Tok Gajah berbanding JDT yang mempunyai beberapa pemain utama akan beraksi bersama Harimau Malaya dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

WhatsApp Image 2024-05-26 at 22.20.40

JDT berada dalam momentum terbaik ketika ini selepas meraih dua kemenangan dan mengungguli carta Liga Super 2024. Facebook/JDT

1. Pemain sukar dapat rentak

Melihat kepada dua perlawanan sebelum ini, skuad kendalian Fandi Ahmad dilihat bergelut untuk mendapatkan rentak permainan.

Ia dapat dilihat apabila jentera serangan Tok Gajah mengalami kesukaran untuk membaca gerakan sesama mereka.

Mencatatkan satu kemenangan dan seri antara ketumpulan Tok Gajah yang dapat dilihat secara mata kasar.

Meskipun membariskan jentera serangan terbaik dan benteng pertahanan yang utuh namun ketumpulan penyerang Sri Pahang antara penyebab utama skuad tersebut dijangka tunduk kepada JDT.

Pastinya tempoh rehat liga ini akan memberi kesan kepada momentum Sri Pahang untuk aksi berdepan JDT.

2. Risiko alami kecederaan

Seperti yang diketahui, JDT sering menurunkan kesebelasan utama pemain yang cukup berkualiti untuk meraih kemenangan dalam liga.

Melihat kepada prestasi cemerlang yang ditampikan oleh anak-anak buah Hector Bidoglio itu, sudah tentu Sri Pahang akan mengalami kesukaran untuk mengekang kemaraan jentera serangan JDT.

Pantas melakukan serangan ke kubu lawan, ketangkasan dan kelicikan pemain JDT pastinya mampu memberi impak yang negatif kepada skuad Tok Gajah.

Kelemahan utama Sri Pahang merupakan bahagian tengah dan sekiranya Sergio Aguero, Nor Azam Azih mengalami kecederaan, sudah pasti ia akan memberi kesan terhadap persembahan pasukan terutama berdepan JDT.

Meskipun memiliki masa untuk mendapatkan keserasian dalam tempoh rehat liga ini, Sri Pahang disarankan untuk berhati-hati dalam sesi latihan sekiranya mahu menewaskan JDT kelak.

3. Rentak dalam padang belum ditemui

Dalam dua perlawanan sebelum ini, Fandi Ahmad menerapkan corak permainan yang berbeza bagi mengelirukan pihak lawan.

Meskipun begitu, anak-anak buahnya dilihat masih sukar untuk mendapatkan rentak permainan di atas padang.

Bukan itu sahaja, kelekaan di atas padang antara punca mengapa Tok Gajah sering mengulangi kesilapan yang sama apabila membenarkan pihak lawan lebih menguasai permainan.

Malah, bukan sahaja barisan pertahanan yang longgar namun kelemahan lebih terserlah apabila mudah membiarkan penyerang lawan melepasi kawalan pemain Tok Gajah terutama dalam situasi satu lawan satu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram