'Usah harapkan cikgu saja, KPM diminta teliti tindakan terhadap ibu bapa acuh tak acuh kehadiran anak duduki SPM'


  • Massa
  • Isnin, 27 Mei 2024

Untuk rekod tahun lalu, seramai 14,858 atau 3.8 peratus daripada 388,832 calon baharu SPM 2022. — Gambar Hiasan

SERAMAI 10,160 daripada 383,685 calon baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Walaupun menunjukkan sedikit penurunan namun angka tersebut masih lagi dilihat membimbangkan dan perlu dipandang serius serta ditangani segera.

Untuk rekod tahun lalu, seramai 14,858 atau 3.8 peratus daripada 388,832 calon baharu SPM 2022 bagi menduduki peperiksaan itu.

BACA LAGI: Lebih 10,000 calon tak hadir duduki SPM 2023

BACA LAGI: Hilang momen terakhir bersama kawan antara kontra bila tarikh umum keputusan SPM 2023 tidak dipinda

Hasil pemerhatian Majoriti di media sosial, rata-rata warga maya menggesa agar pihak Kementerian Pelajaran (KPM) mengambil langkah drastik dalam mengurangkan kadar ketidakhadiran pelajar untuk menduduki peperiksaan SPM.

Langkah itu perlu bagi memastikan setiap pelajar mendapat peluang yang adil untuk mencapai kejayaan akademik mereka.

Seorang warga maya Syarifah Wafa Syed Munir mencadangkan agar KPM mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang bersikap acuh tidak acuh terhadap kehadiran anak masing-masing.

"KPM perlu ambil tindakan tegas terhadap ibu bapa atau penjaga yang tidak mengambil peduli tentang ketidakhadiran anak mereka ke sekolah.

"Jangan lepaskan semua tanggungjawab kepada pendidik. Kasihan mereka kerana kalau tersilap langkah, para guru ini yang akan dipersalahkan," katanya.

Shaiful Assifuah turut bersetuju dengan cadangan Syarifah Wafa.

Katanya, ibu bapa harus dipertanggungjawabkan namun harus diteliti terlebih dahulu punca pelajar ini tidak datang peperiksaan.

"Kadang-kadang pelajar ini nak ke sekolah tetapi disebabkan masalah keluarga, mereka 'undur' diri daripada menimba ilmu," tulisnya.

Pada masa sama, tak kurang ada juga netizen yang menyalahkan pempengaruh media sosial yang 'menanam' pengaruh buruk tanpa pendidikan mereka akan berjaya.

"Influencer (pempengaruh) b***h canang tak ambil SPM boleh berjaya, memanglah ramai yang ikut tetapi mereka tak sedar itu semuanya 'wayang' dan lakonan dunia," kata Tan Cheng Hoe.

Terdahulu Majoriti melaporkan, Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, pihak KPM akan teliti punca kenapa calon ini tidak hadir (menduduki SPM 2023), selepas berlaku penurunan agak banyak (bagi calon yang mendaftar SPM 2023 berbanding 2022).

“Kita akan teliti satu persatu, intervensi akan kita laksanakan untuk tangani perkara ini sebaiknya,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram