LEBIH 10,000 pelajar tingkatan lima tidak hadir menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, walaupun jumlah itu nampak tinggi namun ia telah menurun dengan ketara berbanding tahun lalu.
"Pada 2022, seramai 30,000 pelajar tidak menduduki peperiksaan SPM 2022.
BACA LAGI: Hilang momen terakhir bersama kawan antara kontra bila tarikh umum keputusan SPM 2023 tidak dipinda
BACA LAGI: Tarikh umum SPM kekal: ramai kasihan 'batch 06' banyak hilang momen istimewa
"Kita akan teliti punca kenapa calon ini tidak hadir (menduduki SPM 2023), selepas berlaku penurunan agak banyak (bagi calon yang mendaftar SPM 2023 berbanding 2022).
“Kita akan teliti satu persatu, intervensi akan kita laksanakan untuk tangani perkara ini sebaiknya,” katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2023 di Kementerian Pendidikan (KPM) pada Isnin.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan
Untuk rekod, seramai 395,870 calon menduduki peperiksaan SPM 2023.
Menurut Azman, seramai 11,713 calon SPM 2023 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.
"Pencapaian calon SPM 2023 adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
"Seramai 226,358 daripada 373,255 calon baharu SPM 2023 telah lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 57.1 peratus atau 213,624 calon pada tahun 2022.
"Seramai 93.5 peratus atau 349,297 calon layak mendapat sijil SPM 2023 berbanding 342,742 pada tahun 2022," katanya. — The Star/ REBECCA RAJAENDRAM
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram