[VIDEO] Polis siasat kes remaja dakwa dipukul anak 'Datuk' di George Town


  • 112
  • Selasa, 21 Mei 2024

Tangkap layar pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja di sebuah kafe berhampiran Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

SEKUMPULAN remaja dirakam bergaduh di sebuah kafe berhampiran Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town, Pulau Pinang pada 11 Mei lalu.

Mangsa yang juga lelaki berusia 18 tahun itu dikatakan terlebih dahulu membeli air di premis berkenaan sebelum didatangi dua lelaki dan seorang wanita, lalu dipukul tanpa sebab.

Video tular berdurasi 43 saat itu dipercayai melibatkan seorang anak kepada bekas wakil rakyat bergelar 'Datuk' di negeri berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Acah nak beli air kelapa, 3 mat motor ragut rantai emas peniaga di Bukit Mertajam

BACA LAGI: [VIDEO] Orang awam bantu tahan pemandu Satria cuba lari ikut parit lepas lawan arus di Klang

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid mengesahkan dan menerima laporan kejadian.

"Sehingga kini, masih belum ada tangkapan dibuat dan punca kejadian masih dalam siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya menurut laporan Buletin TV3 pada Selasa.

Dalam pada itu, kesemua mangsa dikatakan beredar dari tempat itu sejurus kejadian dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Timur Laut, dua hari kemudian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram