Subsidi diesel bersasar bermula di Semenanjung, PM Anwar beri 'list awal' senarai kenderaan manfaat


  • Primer
  • Selasa, 21 Mei 2024

Anwar ketika menyampaikan Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung pada Rabu.

JEMAAH Menteri sudah bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel bermula di bahagian Semenanjung Malaysia, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan itu tidak akan melibatkan Sabah dan Sarawak.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan akan turut menyediakan subsidi diesel kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan.

BACA LAGI: Sukar teruskan perjuangan, Daud Bakar dedah KDA hanya mampu bertahan sebulan

BACA LAGI: Baru panas enjin, nanti Syafiq Ahmad tak pasal-pasal kena balik JDT

Ujarnya, pemberian bantuan di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi itu adalah bertujuan bagi membendung kenaikan mendadak harga barangan di dalam negara.

"Maknanya pengusaha bas, teksi nelayan akan terus dipelihara dengan subsidi atau bantuan untuk membantu mereka. Jadi kerajaan bersedia untuk menyediakan bantuan tunai kepada pemilik individu kenderaan diesel yang layak.

"Begitu juga untuk (peniaga) B40 dan M40 yang guna diesel dan terlibat dengan perniagaan dalam bidang seperti pertanian dan perlombongan, mereka tidak akan terkesan dengan kenaikan ini," katanya ketika menyampaikan Perutusan Negara pada Rabu.

Anwar berkata, langkah penyasaran subsidi diesel itu bakal membolehkan kerajaan melakukan penjimatan kasar sebanyak RM4 bilion setiap tahun.

Beliau menambah, sekiranya terdapat rakyat atau kumpulan peniaga yang terkesan dengan langkah penyasaran subsidi berkenaan, mereka boleh merujuk kepada Kementerian Pengangkutan dan kementerian lain yang berkaitan.

"(Ini) supaya dapat dipastikan penyasaran subsidi bahan api diesel itu hanya memberikan kesan golongan kaya dan 3.8 juta orang asing," ujarnya.

Pada masa sama, Anwar berkata, butiran lanjut mengenai langkah tersebut akan diperincikan oleh kementerian berkaitan tidak lama lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram