Rebah ketika larian, balai polis diserang antara 4 kisah minggu berduka 'frontliner'


  • 112
  • Rabu, 22 Mei 2024

Allahyarhamah Norzana Hanim Hamzah dilaporkan meninggal dunia ketika bertugas di Tokyo, Jepun pada Isnin.

KEMATIAN merupakan satu detik sedih yang pasti dihadapi sesiapa sahaja di muka bumi ini.

Sama ada yang pergi ataupun masih hidup, kedua-duanya pasti merasai kesedihan apabila kehilangan insan tersayang pada waktu tidak terduga.

Bercakap soal kematian, pemergian barisan petugas hadapan negara merupakan antara momen paling diingati rakyat dek kerana jasa serta tanggungjawab digalas sememangnya tiada ganti.

BACA LAGI: [VIDEO] Padah rakam jenayah aksi sendiri samun warga asing di Cheras, polis tahan 3 pelajar

BACA LAGI: [VIDEO] Baru lepas keluar duit dekat bank, lelaki kena samun di lampu isyarat Klang

Terbaharu, seorang kru kabin Malaysia Airlines (MAS) dilaporkan meninggal dunia ketika bertugas di Tokyo, Jepun pada Isnin.

Punca kematiannya masih belum dapat dipastikan namun, berdasarkan maklumat awal diterima, Norzana Hanim Hamzah dipercayai terjatuh ketika sedang bersiap untuk mengendalikan penerbangan pulang ke Malaysia.

Malaysia Airlines menerusi kenyataannya pada Isnin berkata, pihaknya akan menguruskan hal tersebut sehingga jenazah Norzana dibawa pulang ke Malaysia.

Berikutan berita pemergiannya, Majoriti menyenaraikan tiga lagi kes kematian membabitkan petugas barisan hadapan negara berlaku sejak minggu lalu.

larian

1. Anggota tentera meninggal lepas sertai acara larian

Seorang anggota tentera rebah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka selepas menyertai Program Larian Bersama Bomba 2024 Malaysia Madani di Bandar Hilir, Melaka pada Sabtu.

Allahyarham Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira pukul 10.26 malam.

Merupakan bapa kepada lima orang anak, Allahyarham seorang yang aktif dan sering terlibat dalam acara larian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan kejadian itu dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan serangan jantung.

malbatt

2. Pegawai Malbatt meninggal di Lubnan

Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) daripada Malaysian Battalion 850-11 (Malbatt 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), Sarjan Faridah Abd Rahman disahkan meninggal dunia di Lubnan pada Sabtu.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) memaklumkan, anggota Malbatt berusia 39 tahun itu meninggal dunia pukul 2.25 pagi waktu Lubnan (7.25 pagi waktu Malaysia).

Pegawai perubatan Malbatt 850-11 mengesahkan kejadian itu selepas Allahyarhamah dikatakan rebah ketika turun dari bas di Kem Marakah.

Allahyarhamah bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam Malbatt 850-11 di Kem Marakah dan jenazahnya dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini, untuk dikebumikan di kampungnya di Mukim Tobiar, Pendang, Kedah.

xs

3. Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng

Dua anggota polis maut dan seorang lagi cedera selepas diserang suspek lelaki bertopeng dalam kejadian di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi Jumaat lalu.

Dalam kejadian sekitar pukul2.54 pagi itu, suspek yang bersenjatakan pistol dan parang turut dilaporkan mati ditembak di lokasi kejadian.

Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halaman masing-masing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram