[VIDEO] 'Keeper' ceroi jadi kenangan pahit fans Kedah kali terakhir terima kehadiran TBG


  • Podium
  • Selasa, 21 Mei 2024

Kalamullah (biru) melakukan kesilapan amatur sehingga merugikan skuad Sang Kenari di laman sendiri. — Facebook/KDA FC

PERTEMBUNGAN hangat menanti peminat bola sepak tanah air hujung minggu ini apabila Kedah Darul Aman (KDA) FC akan menerima kunjungan Perak FC pada Jumaat.

Meskipun kedua-dua pasukan masih belum menemui rentak musim ini, status mereka sudah tentu akan menyaksikan ribuan hadir ke Stadium Darul Aman, Kedah.

Jika dilihat kepada kualiti pasukan, skuad Sang Kenari memiliki kelebihan dengan jentera serangan mantap selain barisan pertahanan yang cukup teguh.

BACA LAGI: Penyakit musim lalu Perak bantu import Piala MFL Terengganu bantai TBG

BACA LAGI: [VIDEO] Aksi 'friendly' bongkar kelemahan TBG, masih sempat perbaiki sebelum mula Liga Super

Selain itu, rekod pertemuan antara kedua-dua kelab itu memihak kepada Kedah yang meraih dua kemenangan ketika bertemu dalam aksi Liga Super 2023.

Namun, di sebalik kejayaan dimiliki skuad kendalian Nafuzi Zain ke atas Perak FC, pertembungan terakhir mereka menceritkan kisah berbeza yang pastinya perit untuk ditelan penyokong Hijau Kuning.

Dalam aksi timbal Piala Malaysia tahun lalu, skuad The Bos Gaurus (TBG) bertandang ke Stadium Darul Aman dengan kelebihan selepas merekodkan kemenangan 3-1 dalam perlawanan pertama.

Tetapi, KDA FC tidak mengibarkan bendera putih terlalu awal selepas mereka menjaringkan dua gol untuk menyamakan kedudukan agregat di laman sendiri.

Sorakan mula kedengaran apabila penyokong kelab Utara tanah air berkenaan yang beranggapan kedudukan itu sudah cukup untuk membawa mereka ke peringkat suku akhir.

Bagaimanapun, kejadian mengejutkan tercetus pada minit ke-86 perlawanan apabila penjaga gol tuan rumah, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi melakukan kesilapan.

368634474_306463961933986_4740699711926343477_n

Penyokong skuad TBG sememangnya berpuas hati dengan kemenangan diraih dalam aksi Piala Malaysia itu. — Facebook/Perak FC

Kegagalannya untuk menangkap sepakan percuma Perak FC membawa padah selepas import Korea Selatan, Seo Seon-ung menampan bola ke gol Kedah bagi meletakkan skuad TBG di hadapan.

Kesilapan itu jelas membawa padah apabila penyokong Kedah tidak berfikir panjang untuk memberikan kritikan pedas terhadap pemain kebangsaan berkenaan.

"Menang dalam duka, sedikit kesalahan daripada penjaga gol membuatkan Kedah gagal ke suku akhir. Sepatutnya, dia tumbuk sahaja bola itu ke luar," kata Ismail Bakar.

"Keeper tangkap belalang ke? Kemenangan sudah dalam dakapan, boleh pula dia lepaskan begitu," ujar AzLi Lgk.

"Penjaga gol boleh pula lakukan kesilapan ketika keadaan genting. Sepatutnya dia boleh tumbuk, mahu tangkap pula," kata Amirul Affendy.

Situasi itu jelas memberi tamparan terhadap karier Kalamullah yang semakin sukar mendapatkan tempat dalam skuad Harimau Malaya meskipun namanya masih kekal dalam kesebalasan utama Kedah.

Kekalahan berkenaan turut menyaksikan skuad Sang Kenari tersingkir daripada Piala Malaysia 2023 sebelum sekali lagi gagal memberikan persembahan terbaik dalam MFL Challenge Cup. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram