Penyakit musim lalu Perak bantu import Piala MFL Terengganu bantai TBG


  • Podium
  • Sabtu, 11 Mei 2024

Antara aksi pemain Terengganu menentang Perak pada Sabtu. — Facebook/PerakFC

TERENGGANU FC (TFC) tersenyum lebar meraih tiga mata berharga di laman sendiri apabila menewaskan Perak FC dengan keputusan 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada Sabtu.

Jentera serangan Sang Penyu bermula dengan agresif apabila membuka jaringan pertama seawal minit ketujuh menerusi pemain tengah, Nurillo Tukhtasinov.

Selepas jaringan bertaraf worldclass dari bintang import kelahiran Uzbekistan berkenaan, perlawanan bertambah sengit dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk dengan masing-masing memberi tekanan.

BACA LAGI: [VIDEO] Aksi 'friendly' bongkar kelemahan TBG, masih sempat perbaiki sebelum mula Liga Super

BACA LAGI: Adam Adli 'terluka' aksi Luka lawan Selangor, hasrat TBG pikat striker baharu termakbul

Walaupun skuad kendalian Yusri Che Lah memberi saingan sengit dengan namun kecemerlangan penjaga gol skuad Sang Penyu, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin berhasil menepis serangan bertali arus Perak FC.

Bersambung babak kedua, insiden terjahan keras dari Manuel Ott terhadap pemain Perak FC, Lee Tae-min membuatkan pengadil perlawanan memutuskan untuk memberi sepakan penalti kepada skuad The Bos Gaurus (TBG).

Hadiah dari pengadil perlawanan iaitu Suhaizi Shukri itu disudahkan oleh ketua pasukan Perak FC, Luciano Guaycochea pada minit ke-60 yang seterusnya berjaya menyamakan kedudukan.

Nasib Perak berubah pada enam minit seterusnya apabila pertahanan tengah pasukan TBG, Shivan Pillay membuat kesilapan dengan menjaring gol ke gawang yang dijaga Haziq Nadzli.

Kelekaan barisan pertahanan Perak FC terus berlaku apabila giliran bek import, Luiz Motta pula mendapat kad kuning kedua pada minit ke-76 dan memaksa pengadil untuk mengarahnya keluar dari padang.

Pemilihan pemain dari Tomislav Steinbruckner wajar mendapat pujian apabila pemain gantian yang juga import pasukan Piala MFL mereka iaitu Nnabuike Chukwu Chijioke menambah derita Perak pada minit ke-80.

Perlawanan memihak kepada Terengganu itu memberi senyuman kepada penyokongnya dengan rata-rata mereka memuji kehebatan pemain mereka yang memberi kejutan pada minit akhir perlawanan.

"Lain macam jaringan Nurillo, memang taraf worldclass," kata penyokong Terengganu, Ku Syakir.

"Lain macam pemain MFL Terengganu itu, baru masuk dah gol," puji penyokong Sang Penyu, Jila Dungun.

"Perak ini selalu silap pemain pertahanan saja. Boleh pula seorang kad merah, satu pula gol sendiri," luah penyokong Perak FC yang seolah-olah penat dengan kelekaan barisan pertahanan TBG. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram