Adam Nor Azlin tamatkan kemarau gol 3 tahun, puas hati bantu Tok Gajah


  • Podium
  • Isnin, 20 Mei 2024

Sebahagian aksi benteng pertahanan skuad Tok Gajah cuba menyekat serangan The Cats. — Facebook/Sripahangfc

SRI Pahang FC menafikan hasrat Kuching City FC meraih kemenangan sulung musim ini apabila bangkit pada saat akhir mengikat skuad The Cats dengan keputusan 2-2 di Stadium Negeri Sarawak pada Ahad.

Dalam babak pertama perlawanan itu, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak mempunyai kelebihan dua gol yang berjaya dicetak oleh Tchetche Kipre dan Jordan Mintah.

Bagaimanapun, pemain pertahanan Tok Gajah, Adam Nor Azlin berjaya merapatkan jurang gol apabila mencetak gol pada minit ke-63 sekali gus menamatkan kemarau jaringan tiga tahun.

BACA LAGI: Selain Syafiq, loan TFC, 2 ex Sabah berisiko hilang kelab andai Kenari patah sayap

BACA LAGI: Sukar teruskan perjuangan, Daud Bakar dedah KDA hanya mampu bertahan sebulan

WhatsApp Image 2024-05-20 at 11.49.19

Adam (kiri) berjaya membantu Tok Gajah merapatkan jurang gol minit ke-63 selepas ketinggalan 0-2 babak pertama. — Facebook/Sripahangfc

Pemain berusia 28 tahun itu mendedahkan kali terakhir dia menjaringkan gol dalam liga adalah untuk Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi musim 2021 dan sejak itu dia tidak mempunyai banyak minit permainan.

"Saya sangat gembira apabila berjaya membantu Pahang untuk menjaringkan gol dan mengikat Kuching City.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan kejurulatihan kerana mempercayai saya dan tidak lupa juga kepada rakan sepasukan yang membantu," katanya.

Selain Adam, pemain sayap Argentina, Manuel Hidalgo antara watak penting yang berjaya membantu Tok Gajah menyamakan kedudukan 2-2 berdepan Kuching City. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram