Dua aksi tanpa bolos, Nafuzi Zain turun Bandaraya 'study' taktikal Akmal Rizal


  • Podium
  • Selasa, 21 Mei 2024

Nafuzi Zain yang mengenakan t-shirt putih pada perlawanan itu difahamkan hadir untuk mengkaji takikal Akmal Rizal. — Facebook/Penang Brotherhood

DUA perlawanan Liga Super setakat ini, gawang Penang FC masih tidak dirobek oleh mana-mana pasukan dengan aksi pertama menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah mencatatkan keputusan seri 0-0.

Kunjungan Terengganu FC (TFC) ke Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang bagi perlawanan kedua Liga Super pada Ahad lalu juga menyaksikan skuad Harimau Kumbang mencatat keputusan seri tanpa jaringan.

Kebuntuan jentera serangan dan keampuhan bahagian pertahanan Harimau Kumbang menyaksikan Penang gagal mengutip mata penuh bagi dua perlawanan awal ini dengan kini menghuni kedudukan sembilan liga.

BACA LAGI: Bukan saja-saja, 3 pemain mungkin dirisik Pan-gon di Stadium Bandaraya dalam aksi Penang-Terengganu

BACA LAGI: Tempoh 72 jam penentu Faisal 'discharge' lebih awal atau sebaliknya

Walaupun tidak mengutip tiga mata penuh namun taktikal yang menjadi identiti pengendali Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli setakat ini memberi keterujaan kepada penyokong dengan elemen debaran hasil percubaan diusahakan oleh pemain Harimau Kumbang.

Malah, penyokong juga berpendapat bahawa corak permainan yang ditampilkan oleh Akmal Rizal menarik perhatian bebeberapa individu penting seperti ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain.

Nafuzi dilihat menghadiri perlawanan menentang Terengganu berkenaan dan bagi penyokong kedatangannya adalah untuk mengkaji takikal Akmal Rizal sebelum perlawanan Kedah menentang Harimau Kumbang pada 22 Jun nanti.

"Mereka ini datang nak jadi pengintip. Nak tengok anak-anak buah dan taktikal Akmal Rizal. Lumrah dalam bola sepak, bila dua perlawanan tanpa bolos mesti ramai pasukan dah mula risau sebab tahun lepas Penang asyik bolos sahaja.

"Harap pasukan Penang dan jurulatih Akmal Rizal dapat meneruskan momentum seperti dua perlawanan terakhir. InshaaALLAH, kemenangan sulung akan menyusul. Haria Penang Haria," bagi penyokong Saiful Shahar.

AKMAL RIZAL

Akmal Rizal mula bertugas sebagai pengendali Penang FC apabila diberi tanggungjawab sebagai jurulatih interim pada hujung musim 2023. — Facebook/PenangFC

Selain Nafuzi, perlawanan di Stadium Bandaraya berkenaan juga turut dihadiri oleh pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, pembantu jurulatih skuad kebangsaan, E Elavarasan.

Kehadiran dua individu penting skuad kebangsaan berkenaan pastinya untuk mencari stok pemain menjelang kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan awal bulan depan.

Selepas ini, pasukan Utara tanah air berkenaan akan berkunjung ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Gombak, Selangor bagi perlawanan ketiga Liga Super menentang PDRM FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram