Andai KDA FC bubar, jangan kembali ke JDT tapi Syafiq Ahmad patut 'singgah' dua kelab Utara


  • Podium
  • Selasa, 21 Mei 2024

Meskipun mengejutkan pintu gawang The Cops seawal minit kesembilan menerusi Tommy Mawat namun Perak FC gagal menyekat serangan anak-anak buah P Maniam. — Facebook/Perakfc

NAMA Syafiq Ahmad terus mencuri tumpuan penyokong tanah air apabila muncul wira bantu Kedah Darul Aman (KDA) FC meraih kemenangan pertama berdepan PDRM FC pada 11 Mei lalu.

Dalam aksi tersebut, penyerang pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT) itu hanya memerlukan 33 saat sahaja untuk mencetak jaringan dalam aksi pembukaan Liga Super 2024/25.

Namun begitu, kegembiraan penyerang berusia 28 tahun itu dijangka tidak bertahan lama apabila difahamkan Kedah kini mengalami masalah kewangan dan hayatnya mampu bertahan cuma sebulan dua.

BACA LAGI: Selain Syafiq, loan TFC, 2 ex Sabah berisiko hilang kelab andai Kenari patah sayap

BACA LAGI: Sukar teruskan perjuangan, Daud Bakar dedah KDA hanya mampu bertahan sebulan

WhatsApp Image 2024-05-20 at 21.27.26

Syafiq dijangka akan pulang ke pangkuan Harimau Selatan andai Kedah menarik diri daripada saingan liga musim ini. Facebook/KDA FC

Pada Sabtu, pemilik kelab, Tan Sri Mohd Daud Bakar memberi bayangan kelab itu bakal sekali lagi terperangkap dalam isu wang kerana ketiadaan penaja utama.

Daud berkata kepada Majoriti yang Sang Kenari mungkin mampu bertahan selama sebulan dua sahaja kerana ketiadaan penaja.

Sekiranya benar Kedah menarik diri dalam kempen Liga Super musim ini, pastinya ia akan memberi kesan kepada Syafiq kerana masih bergelut dengan kekurangan minit permainan.

Susulan itu, ramai penyokong mula menyuarakan pandangan mereka mengenai masa depan Syafiq sekiranya Kedah tidak menemui jalan penyelesaian dalam masa terdekat.

Adakah Syafiq akan kembali semula ke pangkuan Harimau Selatan atau berhijrah ke kelab lain?

Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan dua kelab Utara tanah air yang sesuai untuk Syafiq melebarkan sayapnya.

1) Perak FC

Skuad kendalian Yusri Che Lah merekodkan keputusan kurang baik apabila mencatat dua kekalahan berturut-turut dalam dua perlawanan Liga Super ketika ini.

Ketumpulan bahagian serangan Perak FC nyata memberi kesan kepada skuad itu apabila gagal meraih sebarang mata dalam aksi berdepan Terengganu FC dan PDRM FC.

Meskipun meledak tiga jaringan dalam dua perlawanan sebelum ini namun ketajaman penyerang The Bos Gaurus (TBG) gagal diterjemah dengan baik.

Dalam pada itu, Perak merupakan kelab yang sesuai untuk Syafiq tampil cemerlang kerana memegang gelaran sebagai penyerang berbisa tanah air.

Kehadiran Syafiq dijangka mampu menjadi jawapan kepada ketumpulan jentera serangan Perak FC menjelang perlawanan liga seterusnya.

WhatsApp Image 2024-05-20 at 21.23.55

Penang FC dilihat bergelut untuk mendapatkan jaringan apabila tiada penyudah yang tajam dalam skuad tersebut. Facebook/Penangfc

2) Penang

Penang FC mengejutkan penyokong tanah air apabila berjaya mengikat tanpa jaringan dua kelab Liga Super yang pernah mewakili Malaysia ke Piala AFC 2023.

Dua kelab berkenaan ialah Sabah FC dan Terengganu FC. Menariknya, kedua-dua skuad itu gagal menembusi benteng pertahanan Harimau Kumbang yang diketuai oleh Rafael Vitor selaku ketua pasukan.

Dalam kedua-dua aksi tersebut, Harimau Kumbang berjaya menyekat jentera serangan Sang Badak dan Sang Penyu daripada membolosi pintu gawang mereka.

Meskipun begitu, Penang juga dilihat bergelut untuk mendapatkan jaringan apabila tiada gol berjaya dicetak oleh penyerang mereka.

Dalam pada itu, kehadiran Syafiq pastinya diperlukan untuk membantu jentera serangan Harimau Kumbang untuk mendapatkan kelebihan gol di laman lawan atau gelanggang sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram