SETIAP perayaan yang diraikan rakyat pelbagai kaum mampu dijadikan sebagai teras perpaduan masyarakat di Malaysia.
Lebih-lebih lagi, ia diraikan dalam semangat kegembiraan, kesyukuran, dan saling berkongsi kebahagiaan.
Pada masa sama, sambutan perayaan juga dijadikan peluang untuk keluarga dan sahabat berkumpul, serta berkongsi hidangan tradisional yang lazat.
Ia bukan sahaja menyemarakkan kehidupan masyarakat majmuk Malaysia, tetapi juga berupaya memperkukuh nilai-nilai kebersamaan dan keharmonian antara pelbagai kumpulan etnik di negara ini.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh @intan.ayunii melalui akaun TikTok peribadinya pada Syawal kedua (11 April) memaparkan beberapa rakan sekerjanya yang berbangsa Cina datang ke kampungnya bagi bersama-sama menyambut hari lebaran.
Menurut Intan, kesemua rakannya itu sanggup memandu dari Kuala Lumpur lebih dari dua jam ke Perak untuk beraya.
"Usaha mereka nak datang beri (markah) A+. Selamat Hari Raya Geng!" tulisnya.
BACA LAGI: Ramai setuju kerajaan umum tiada cuti tambahan raya Aidilfitri 2024
Kesemua rakannya sanggup memandu dari Kuala Lumpur lebih dari dua jam ke Perak untuk beraya.
BACA LAGI: Pemandu panas punggung, hadap jem 8 hingga 12 jam andai balik beraya Ahad
Lebih menarik lagi, melalui video yang dikongsikan, wanita berkenaan menunjukkan beberapa buah kereta milik rakan yang berbangsa Cina tiba di kampungnya yang terletak di Perak.
Jelas Intan lagi, setiap rakannya itu juga membawa ahli keluarga yang lain untuk beraya bersama-sama.
Intan memberitahu rakan-rakannya dihidangkan juadah hari raya seperti rendang, kuah kacang dan lemang.
Dalam ruangan komen, rata-rata warga maya memuji hubungan silaturahim dan perpaduan antara keluarga Intan dan rakan-rakannya.
"Suka tengok perpaduan kaum seperti ini," tulis AbahWan73.
"Alhamdulillah terbaik silaturahim berlainan bangsa. Tumpang gembira," kata saridahothman3. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram