SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memanggil tiga pemilik akaun media sosial untuk rakaman percakapan pada Rabu.
Individu tersebut termasuk Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo).
"Rakaman percakapan ini adalah susulan aduan berkenaan kandungan yang dimuat naik menerusi laman media sosial yang disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
"Rakaman percakapan untuk Chegubard dan Salim Iskandar akan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor manakala Papagomo di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
BACA LAGI: MCMC, PDRM desak TikTok, Meta pantau kandungan memudaratkan
Rakaman percakapan untuk Chegubard dan Salim Iskandar akan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya. — Gambar hiasan
BACA LAGI: Papagomo bernazar potong rambut, umum berjuang bersama Tun Mahathir
Kenyataan itu memaklumkan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
"Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu," jelasnya.
Untuk rekod, pada Januari lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Papagomo dan Chegubard dipanggil bagi dirakam percakapan berhubung gerakan Langkah Dubai yang didakwa bertujuan menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram