SEBELUM ini, tular di media sosial dakwaan mengatakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sudah berkahwin lain secara senyap-senyap dengan seorang wanita.
Tampil menafikan dakwaan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri itu dilaporkan berkata, beliau belum berhasrat untuk berbuat demikian.
BACA LAGI: 'See you in court', Sanusi mahu saman warganet buat tuduhan melulu isu Kedah Agro
Muhammad Sanusi bagaimanapun secara berseloroh tidak menolak kemungkinan sekiranya bertemu jodoh dengan mana-mana wanita.
"Belum lagi, mana tahu kalau ada jodoh, kalau jodoh apa salahnya? Orang Sik ka..orang Alor Setar ka," katanya memetik laporan media tempatan pada Selasa.
BACA LAGI: Bicara kes hasutan Sanusi bermula 18 Januari 2024
Muhammad Sanusi turut memuat naik status di laman Facebook miliknya pada Ahad, mengenai saranan berkahwin pada bulan Syawal dengan hantarannya menyebut 'Dok (berada di) Pahang'.
Status tersebut mengundang reaksi dan komen pengikutnya di media sosial itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram