'Kalau ada 100 usahawan macam Khairul Aming, lebih 10,000 anak muda takkan tinggalkan Kelantan'


  • Massa
  • Selasa, 16 Apr 2024

Khairul Aming merupakan inspirasi bagi mereka yang berusaha memperbaiki keadaan ekonomi komuniti luar bandar.

PERSONALITI media sosial dan pengusaha Sambal Nyet, Khairul Aming bukanlah nama yang asing dalam kalangan masyarakat.

Beliau turut terkenal dengan idea serta pandangan yang progresif tentang bagaimana membangunkan komuniti luar bandar melalui perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Bermula dengan membuat konten masakan untuk dimuat naik ke media sosial, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman bukan sahaja dikenali sebagai cef selebriti, malah semakin mengorak langkah sebagai usahawan berjaya.

Bukan itu sahaja, dua kilang pengeluaran sambal beliau berjaya membuka mata semua pihak bahawa perniagaan IKS di luar bandar memiliki potensi untuk memberi impak yang positif kepada ekonomi tempatan dan komuniti setempat.

BACA LAGI : [VIDEO] Pernah berbulan jadi restoran 'ghaib', penyokong tegar TBG kini tak menang tangan terima pelanggan

Khairul Aming semakin mengorak langkah sebagai usahawan berjaya.

BACA LAGI : [VIDEO] Lepas 6 tahun, anak bongkar bapa dera, simen jasad ibu belakang tandas

Seorang pengguna media sosial, @Che Wan melalui laman X (Twitter) turut memuji kejayaan Khairul Aming.

Katanya, Khairul Aming merupakan inspirasi bagi mereka yang berusaha memperbaiki keadaan ekonomi komuniti luar bandar.

"Selagi kita punya pusat ekonomi berpusat di Lembah Klang di Selangor, Georgetown, Pulau Pinang dan Johor Bharu, Johor sahaja, selagi itu anak muda akan terus pergi ke kota besar.

"Apa yang boleh kita buat? @khairulaming sudah tunjuk caranya dengan membuka perniagaan IKS di luar kota dan di pekan-pekan lebih kecil," ciapnya.

Tambahnya lagi, inisiatif cef selebriti tersebut membina kilang di Kota Bharu, Kelantan itu turut memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan mengurangkan migrasi ke bandar besar.

"Berapa ramai anak muda Kelantan yang berjaya ditahan @khairulamin berhijrah ke 'Shah Ale' (Shah Alam), Selangor?

"100 anak muda mungkin? Tak tahu berapa jumlah yang sebenar tetapi ramai juga.

"Kalau ada 100 usahawan macam Khairul Aming, 10, 000 anak muda negeri itu terus tinggal disana dan bangunkan ekonominya sendiri," katanya.

Jelas @Che Wan perniagaan IKS di luar bandar memiliki potensi untuk memberi impak yang positif kepada ekonomi tempatan dan komuniti setempat.

"Kerjasama Khairul Aming antara pelbagai pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, sektor swasta, dan komuniti tempatan mampu membantu memastikan kejayaan pembangunan ekonomi di luar bandar," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram