Kerajaan bincang peruntukan buat pembangkang 17 April ini


  • Primer
  • Sabtu, 13 Apr 2024

Fadillah berkata, peruntukan itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada 17 April ini.

TUNTUTAN peruntukan oleh wakil rakyat pembangkang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada 17 April ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia adalah susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lepas.

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu, bayi meninggal dunia kereta remuk terperosok bawah lori tangki

"Dalam perjumpaan itu, pihak pembangkang mengatakan mereka mahu peruntukan dan apa saja syarat (untuk beri peruntukan) terserah kepada kerajaan (untuk ditetapkan).

"Saya maklum kepada mereka perkara ini akan dibawa ke peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan untuk kita kemukakan apa yang dihasratkan oleh mereka,” katanya pada Sabtu.

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki mengamuk anak dan isteri cedera sampai berdarah tercampak dari ‘sotong ride’ di Taiping

Selain Hamzah, pertemuan bersama Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu turut disertai Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Pada 24 Mac lepas, Fadillah dilaporkan berkata, tidak wujud draf perjanjian berkaitan tuntutan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dengan kerajaan MADANI seperti didakwa oleh pemimpin Perikatan Nasional (PN) susulan pertemuan itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram