BERKUMPUL di kampung semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri memberi peluang untuk merasai dan mengekalkan tradisi-tradisi raya yang turun temurun. Ini termasuk mengadakan rumah terbuka, melawat saudara-mara, dan melakukan aktiviti keagamaan bersama.
Pada masa sama, suasana berkumpul dengan ramai adik beradik serta ipar duai di kampung semasa sambutan Aidilfitri adalah pengalaman yang amat bermakna dan menyeronokkan.
Di samping menyambut kegembiraan hari raya, saat-saat ini juga membolehkan keluarga untuk bersatu semula, berkongsi cerita, dan mengukuhkan ikatan kasih sayang.
Sehubungan itu adalah penting untuk tidak meninggi diri dan bersikap rendah diri bagi menghormati orang lain yang kurang bernasib baik.
Melalui satu ciapan di laman X (Twitter), @bckupacc99 pada Selasa, individu berkenaan berkongsi satu video dari dipercayai dari Indonesia menasihat orang awam untuk tidak meninggi diri dan menunjukkan rasa riak.
"Bila balik kampung nanti, ingat jangan bawa pangkat, bawa status kerana kita balik kampung bukan nak cerita tentang kejayaan kita.
"Jangan bawa betapa hebatnya kita tetapi bawa status kita hanya anak emak. Anak yang dahulunya susah dan menderita.
"Ini kerana ada dalam kalangan adik-beradik kita yang kurang bernasib baik dalam mencari rezeki.
"Mereka tak nak dengar hal harta dan pangkat," katanya.
Di samping menyambut kegembiraan hari raya, saat-saat ini juga membolehkan keluarga untuk bersatu semula, berkongsi cerita, dan mengukuhkan ikatan kasih sayang.
BACA LAGI: [VIDEO] Kutuk berwajah 'alien', wanita rupanya diludah, ditampar bekas teman lelaki
"Jangan bawa pangkat bila balik kampung"
accurate jugak kata2 brother ni. pic.twitter.com/FEvSAJOEku
— ِ (@bckupacc99) April 9, 2024
BACA LAGI: Ketahui jalan alternatif, waktu sesuai elak sesak pulang beraya dengan selamat dan lancar
Tambahnya lagi, momen balik kampung adalah untuk mengeratkan silaturahim.
"Selain itu sifat meninggi diri itu juga boleh menyebabkan orang lain berasa tersisih dan disakiti.
"Semoga kita mempunyai nilai empati dan berasa kesusahan orang lain," ujar individu berkenaan lagi.
Video yang dimuat naik itu telah mendapat 1,300 tanda suka dan 112,200 tontonan setakat ini.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya, @Razorrxshizodax bersetuju dengan pendapat lelaki dalam video berkenaan.
"Mereka atau individu yang suka bawa balik pangkat dan gaya ini seharusnya tidak payah tunjuk dan riak dengan apa kerjaya, aset dan kekayaan mereka.
"Tak perlu riak jawatan kerana akan membuatkan orang sekeliling menjadi menyampah. Sambutan Hari Raya Aidilfitri sekarang semakin toksik disebabkan insecurity (rasa tak setanding) orang seperti ini.
@amirulicio turut meluahkan perasan yang sama.
"Betul itu, sekarang ramai balik dengan lagak masing-masing, nak tunjuk pangkat, darjat dan status pada orang kampung sedangkan tiada siapa kisah yang pun. Sebaliknya, ramai yang menyampah," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram