SEJAK Sabtu lalu, tular satu video memaparkan seorang wanita ditampar dan diludah seorang lelaki sehingga menjadi bualan dalam kalangan warga maya.
Manakan tidak, kejadian itu turut dirakam oleh mangsa yang hanya dikenali sebagai 'I' berusia 27 tahun ketika sedang membuat rakaman video di sebuah restoran makanan segera terkenal di Kota Kendari, Sulawesi Tenggara, Indonesia pada Jumaat.
Difahamkan, suspek, FHT bertindak sedemikian selepas mangsa didakwa menghina wajah suspek seperti alien (makhluk asing).
Sementara itu, memetik laporan media antarabangsa, pihak berkuasa tempatan mendedahkan suspek dan mangsa sebenarnya mempunyai hubungan istimewa sebelum ini.
BACA LAGI : [VIDEO] Ditegur berwajah aneh, pekerja swasta berdepan hukuman penjara lepas ludah, tampar wanita
Viral Video Pria Pukul Wanita Cantik di Restoran Cepat Saji Kendari Usai Sebut 'Kayak Ada Alien' pic.twitter.com/2wKvLY2Oor
— Bukan Jakarta | Bubarkan DPR & DPD! (@pakar_ai) April 8, 2024
BACA LAGI : [VIDEO] Cemburu punca individu tendang, tumbuk lelaki dan wanita dekat stesen minyak Bukit Indah — Polis
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kendari, Fitrayadi menjelaskan mangsa dan suspek sebenarnya merupakan bekas pasangan kekasih.
Katanya, pada hari kejadian mangsa yang merupakan bekas teman wanita suspek keluar bersama rakannya dan sedang membuat penstriman video.
"Mangsa yang membuat rakaman video di sekitar restoran terlihat suspek yang duduk bersebelahan meja mereka. Melihat suspek yang berada di situ, mangsa kemudiannya menghina suspek ketika membuat video berkenaan.
"'Macam alien datang sini',ungkap mangsa sebelum dia dikasari suspek," jelas Fitrayadi.
Tambah Fitrayadi, susulan daripada kejadian tersebut suspek yang merupakan pekerja swasta telah ditahan pada Ahad malam.
"Jika didapati bersalah, lelaki itu boleh menerima hukuman penjara sehingga dua tahun lapan bulan," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram