[VIDEO] Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu


  • Primer
  • Selasa, 09 Apr 2024

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu. — Gambar Hiasan

UMAT Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, 10 April 2024.

Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada Selasa malam.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Rabu, 10 April 2024," katanya.

BACA LAGI: 'Kenapa Syawal esok bukan Khamis', ada jawapan rupanya Malaysia, Arab Saudi raya serentak

Pengumuman tarikh 1 Syawal itu dibuat secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan.

Untuk rekod, umat Islam di seluruh negara mula menyambut Ramadan pada 12 Mac lalu.

BACA LAGI: Ketahui jalan alternatif, waktu sesuai elak sesak pulang beraya dengan selamat dan lancar

Pada 3 Mac lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi satu kenyataan menetapkan hari berkenaan bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijrah untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa buat umat Islam di Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram