[VIDEO] Tragedi 3 sekawan terkena renjatan elektrik ketika lepak di landasan masih tinggalkan kesan trauma


  • Benua
  • Selasa, 09 Apr 2024

Tangkap layar tiga sekawan hampir menempah maut apabila dua daripada mereka terkena renjatan elektrik di stesen Ridgeland Green Line, Illinois dekat Chicago pada Ogos 2023. — Agensi

PADAH menceroboh dan tidak mempedulikan amaran sebuah stesen kereta api, tiga sekawan hampir menempah maut apabila dua daripada mereka terkena renjatan elektrik di stesen Ridgeland Green Line, Illinois dekat Chicago, Amerika Syarikat (AS) pada 2023.

Walaupun kejadian itu berlaku pada Ogos tahun lalu, namun video tersebut masih lagi menjadi bualan warga maya di seluruh dunia ekoran daripada kebodohan ketiga-tiga individu tersebut.

Malah, video tersebut juga acap kali diulang tayang di sesetengah stesen kereta api di Amerika Syarikat bagi memberi pengajaran pada orang awam.

Memetik laporan media antarabangsa, kejadian itu berlaku ketika festival muzik popular, Lollapalooza pada 5 Ogos 2023.

Ketiga-tiga mangsa bersama rakan mereka yang lain, mengambil kesempatan berkunjung ke lokasi kejadian untuk mengambil gambar.

BACA LAGI: [VIDEO] Geng pemancing cemas, kapal pengawal pantai China tiba-tiba muncul di Beting Patinggi Ali

BACA LAGI: [VIDEO] Kutuk berwajah 'alien', wanita rupanya diludah, ditampar bekas teman lelaki

Namun, mereka bertindak duduk terus di landasan kereta api berkenaan walaupun telah ditegur orang awam yang berada di tempat kejadian.

Ketika sedang seronok mengambil swafoto, salah seorang daripada mereka begitupun tiba-tiba terkena renjatan elektrik akibat menyentuh rel ketiga.

Beberapa rakan mereka yang berada di atas platform kelihatan panik dan terus menarik mangsa keluar dari landasan bagi menyelamatkan ketiga-tiga mangsa.

Difahamkan, mangsa lelaki yang tidak didedahkan namanya mengalami serangan jantung manakala mangsa wanita pula hanya mengalami luka ringan ketika bantuan tiba.

Ketiga-tiga mangsa dikejarkan Pusat Perubatan Universiti Loyola menggunakan ambulans.

Memetik laporan media antarabangsa, mangsa berkemungkinan mengalami renjatan elektrik bervoltan tinggi.

'Sistem rel ketiga' biasanya digunakan untuk laluan metro yang beroperasi di atas tanah. Komponen kereta yang dikenali sebagai pengumpul membuat sentuhan dengan rel ketiga yang dijana dengan sehingga 750 voltan.

Apabila kereta bergerak di atas trek, elektrik dari rel ketiga dipindahkan oleh pengumpul untuk menggerakkan kereta api dan arus tersebut mengalir semula melalui salah satu dari dua rel utama.

Apabila mangsa lelaki yang duduk di sebelah kanan rel utama menongkat badan ke belakang untuk menyentuh rel ketiga, dia 'menyempurnakan' litar sekali gus menyebabkan mangsa terkena aliran elektrik.

Data dari Pihak Berkuasa Pengangkutan Chicago menyatakan bahawa sistem mereka menggunakan 600 voltan arus dan 50 voltan elektrik sudah cukup untuk membunuh manusia. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram