SEMPENA musim perayaan ini, pastinya ramai anak perantau yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman dan meraikan lebaran bersama keluarga tersayang.
Jika sudah namanya pulang kampung berhari raya, pastinya anda sudah terbiasa dengan kesesakan luar biasa di atas jalan raya.
Apatah lagi, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sebelum ini menjangkakan kira-kira 2.1 juta kenderaan sehari menggunakan semua rangkaian lebuh raya kendaliannya pada hari puncak sempena cuti perayaan Aidilfitri.
Hari puncak termasuk pada 5, 6, 9, 12, 13 dan 14 April ini.
Apa sekalipun keadaannya orang ramai dinasihatkan untuk memastikan segala persiapan seperti penyelenggaraan kenderaan dan perancangan perjalanan dilakukan dengan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Berbaki sehari sahaja lagi sebelum umat Islam di seluruh Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri, jadi apa kata anda ikuti beberapa panduan yang disediakan Majoriti.
1. Jalan alternatif
BACA LAGI: [VIDEO] Jualan lemang meningkat 100 peratus lepas buat 'live' di TikTok
Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat
BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu buat 'U-turn' di LTU Raub Bypass tidak disaman — Ketua Polis Negara
Perantau disarankan untuk menggunakan jalan pintas atau laluan alternatif sebagai langkah mengelak kesesakan jalan raya.
i) WCE
Bagi mengelakkan kesesakan dari Kuala Lumpur ke Gopeng, pengguna dinasihatkan menggunakan Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE).
Pengguna dari kawasan Selangor terutamanya Kuala Selangor, Banting dan Bernam dinasihatkan menggunakan lebuh raya tersebut.
ii) Jalan Gua Musang-Jeli
Sebahagian perantau disarankan untuk menggunakan laluan FT04 iaitu jalan Gua Musang-Jeli sebagai laluan penyuraian trafik sempena Aidilfitri.
Pemandu yang menghala ke Rantau Panjang, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat dinasihatkan agar menggunakan laluan tersebut bagi menampung jangkaan pertambahan mendadak kenderaan yang memasuki Kelantan melalui jalan Gua Musang-Kuala Lipis.
Ia berupaya mengurangkan kesesakan jalan raya di pintu masuk utama Kelantan.
iii) Utara
Pengguna jalan raya yang menghala ke Utara pula disarankan menggunakan laluan alternatif selain melalui Terowong Menora.
Pengguna jalan raya yang menghala ke Utara pula disarankan menggunakan laluan alternatif selain melalui Terowong Menora.
Bagi pengguna dari Gopeng ke Kuala Kangsar digalakkan menggunakan laluan alternatif iaitu jalan lama melalui Sungai Siput.
Dari Gopeng Kuala Kangsar, tiada pilihan lain kecuali Lebuh Raya Utara-Selatan ataupun gunakan jalan lama melalui Sungai Siput.
2) Rujuk waktu perjalanan PLUS
Rancang perjalanan anda dengan jadual yang disediakan PLUS.
Saban tahun, PLUS akan mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bersempena cuti musim perayaan.
Tujuannya adalah untuk mengelakkan kenderaan yang menuju destinasi berlainan 'bertembung' di satu-satu lokasi di lebuh raya dan seterusnya menyebabkan kesesakan.
Sehubungan itu, pemandu digalakkan merancang perjalanan berdasarkan jadual TTA yang dikeluarkan.
Apabila ramai mematuhi jadual perjalanan jadual PLUS ini, ia sebenarnya sedikit sebanyak dapat mengelakkan kenderaan yang menuju pelbagai destinasi bertembung di satu-satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama.
Hal ini kerana lonjakan jumlah kenderaan di lokasi dan pada masa yang sama sering menyumbang kepada kesesakan lalulintas pada musim perayaan.
3) Gerak lepas sahur
Selepas sahur adalah antara waktu ideal untuk bergerak menempuh perjalanan yang panjang.
Untuk mengelakkan kesesakan di atas jalan, anda boleh cuba pulang ke kampung selepas waktu sahur.
Cuaca yang tidak panas pada waktu itu menyebabkan ia menjadi antara waktu yang ideal untuk pulang.
Adalah lebih baik juga jika anda bergerak dalam keadaan badan masih cergas dan bertenaga untuk menempuh perjalanan yang panjang.
Kenderaan pada waktu tersebut juga kebiasaannya tidaklah sesibuk pada waktu puncak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram