KISAH seekor cimpanzi bernama Travis pernah menggemparkan masyarakat dunia pada tahun 2009.
Bertempat di Stamford, Connecticut, Amerika Syarikat (AS), Travis dijadikan sebagai anak angkat oleh pasangan suami isteri, Sandra dan Jerome Herold.
Dia dilatih untuk menjalani kehidupan seperti manusia dan turut diajar untuk berlakon.
Cimpanzi jantan itu juga pernah muncul di beberapa rancangan televisyen dan iklan seperti Pepsi, dan program The Maury Povich Show serta The Man Show.
Tidak hairanlah haiwan yang dilahirkan pada 21 Oktober 1995 di sebuah tempat perlindungan haiwan dekat Festus, Missouri itu digelar selebriti haiwan.
Sandra menjadi semakin akrab dengan Travis selepas suami dan anak tunggalnya meninggal dunia. — Agensi
Sandra menjadi semakin akrab dengan Travis selepas suami dan anak tunggalnya meninggal dunia masing-masing pada tahun 2000 dan 2004.
Selain menjadi haiwan selebriti, Travis mula menjadi bualan ramai susulan tindakan ganasnya menyerang rakan baik kepada penjaganya.
Kejadian bermula pada 16 Februari 2009, apabila rakan Sandra, Charla Nash mengunjungi rumahnya seperti biasa.
Ketika itu, Travis dikatakan tiba-tiba cuba melarikan diri dari rumah tuannya.
Charla kemudian mengejar dan mengumpan Travis untuk masuk semula ke dalam rumah dengan menunjukkan patung Tickle Me Elmo, iaitu patung kegemaran cimpanzi berkenaan.
BACA LAGI: Polis Mersing terima 5 laporan dakwaan serangan seksual ketua sayap pemuda parti politik
BACA LAGI: Pelatih hilang sebelah mata disyaki didera di pusat pemulihan dadah persendirian di Negeri Sembilan
Travis yang dalam ketakutan bertindak menerkam badan Charla.
Difahamkan, pada hari kejadian, Charla telah mengubah gaya rambutnya.
Jadi, ada kemungkinan besar, perubahan gaya rambut tersebut menjadi punca dia diserang Travis kerana cimpanzi tersebut mungkin sudah tidak mengenalinya.
Melihat Charla yang berterusan diserang, Sandra terpaksa menikam bahagian belakang cimpanzi itu, namun tindakan itu lebih membangkitkan kemarahan Travis.
Charla bergambar bersama Travis sewaktu dia masih bayi. — Agensi
Melihat keadaan Travis yang berada di luar kawalan, Sandra akhirnya menghubungi pihak berkuasa di talian kecemasan.
Dalam kejadian itu, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan terhadap Travis bagi menghentikannya daripada terus menyerang wanita itu.
Tembakan itu menyebabkan Travis berundur ke kandangnya sebelum ia dilaporkan mati di situ.
Hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap Travis mendapati, cimpanzi tersebut dipercayai mengandungi ubat penenang Xanax.
Sandra memberitahu, Travis ada diberikan ubat Xanax untuk melindunginya daripada penyakit Lyme, sejenis penyakit yang disebarkan oleh kutu.
Ubat berkenaan berisiko menyebabkan masalah halusinasi dan mania.
Wajah terkini Charla selepas serangan menggila pada tahun 2009. — Agensi
Charla pula berada dalam keadaan yang sangat parah. Dia dicakar dan sebahagian kulit badannya dimakan oleh Travis.
Dia juga kehilangan hidung, mata, bibir dan separuh tulang wajahnya, manakala kedua-dua tangannya juga kudung.
Wanita itu bagaimanapun berjaya diselamatkan setelah menjalani pembedahan selama 72 jam tanpa henti.
Untuk rekod, pada November 2009, Charla tampil dalam rancangan wawancara terkemuka, The Oprah Winfrey Show dan menceritakan pengalamannya diserang Travis serta hal-hal lain berkaitan dirinya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram