Salah ikut kawan pergi kelas KAFA, murid SK Briekfields 2 ditemukan selamat lepas hilang 5 jam


  • Tular
  • Jumaat, 15 Mac 2024

Raudhah pada awalnya dimaklumkan sudah pulang dijemput bapa kandungnya usai tamat persekolahan di SK Brickfields 2. — Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak berusia 7 tahun yang dilaporkan hilang pada Jumaat ditemui dalam keadaan selamat oleh pihak sekolah.

Dikenali sebagai Raudhah, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Brickfields 2 yang terletak di ibu kota itu dipercayai hilang kira-kira pukul 12.30 pagi, iaitu selepas tamat waktu persekolahan.

Menurut bapa tirinya yang hanya ingin dikenali sebagai Amir, 31, seperti kebiasaannya, Raudhah akan dijemput oleh bapa saudaranya, namun kelibat kanak-kanak itu langsung tidak kelihatan pada hari kejadian.

Lebih membimbangkan, ujarnya, beberapa murid di sekolah berkenaan memberitahu bahawa kanak-kanak tersebut sudah pun pulang dijemput bapa kandungnya.

"Namun bapa kandung dan keluarganya memaklumkan mereka tidak mengetahui keberadaan Raudhah," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: [VIDEO] Motor melelong terlanggar batu sebelum terseret, polis bantuan maut nahas babit 5 kenderaan di Iskandar Puteri

WhatsApp Image 2024-03-15 at 16.19.51

Raudhah

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas Jakarta dikecam, TikToker Indonesia mula misi balas dendam 'serang' KL

Khuatir akan keadaan itu, ahli keluarga Raudhah memaklumkan mengenai kehilangannya di media sosial dengan berkongsikan sekeping gambar dan informasi kejadian.

"Minta jasa baik warga Pantai Dalam kalau sesiapa yang terjumpa atau ternampak kanak-kanak di bawah ini, sila hubungi nombor telefon yang ada, terima kasih semua," ujarya dalam satu hantaran sebelum ditularkan olah warga maya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Amir memaklumkan, selepas puas mencari, mereka sekeluarga bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

sekolah-kebangsaan-brickfields-2

SK Briekfields 2

Namun jelasnya, sewaktu membuat laporan tersebut, pihak sekolah memaklumkan bahawa anaknya sudah pun dijumpai oleh seorang guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) di SK Brickfields 1.

"Rupa-rupanya Raudhah tidak sengaja mengikut seorang guru yang membawa rombongan rakan-rakannya ke KAFA.

"Guru itu pelik melihat anak muridnya terlebih seorang. Tetapi dia tetap meneruskan pembelajaran sehinggalah tamat waktu kelas, kemudian barulah dia bawa Raudhah kembali ke sekolahnya

"Alhamdulillah, Raudhah dalam keadaan selamat," kongsinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram