SEBUAH pusat pemulihan penagih dadah persendirian di Lenggeng, Negeri Sembilan didakwa melakukan kekasaran hingga mendatangkan kecederaan terhadap seorang pelatihnya.
Mangsa berusia 37 tahun dipercayai didera dan dibelasah dengan teruk hingga menyebabkan dia kehilangan sebelah matanya.
Berdasarkan laporan Edisi Siasat pada Rabu, lelaki tersebut dihantar oleh ibu bapanya untuk menerima rawatan di pusat pemulihan berkenaan.
Namun hancur luluh hati kedua orang tua itu selepas melihat anak mereka diperlakukan sedemikian rupa.
BACA LAGI: Polis Mersing terima 5 laporan dakwaan serangan seksual ketua sayap pemuda parti politik
Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Serdang. — Edisi Siasat
Difahamkan, ahli keluarga mangsa akan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai berhubung insiden berkenaan.
"Ramai lagi pesakit kini dalam ketakutan dan berharap ada pihak yang akan menyelamatkan mereka.
"Mangsa juga didakwa diugut bunuh sekiranya dia membuat laporan polis atau memberitahu hal (sebenar) yang berlaku di pusat pemulihan tersebut.
"Mangsa sempat melarikan diri dan menghubungi keluarganya sebelum dimasukan ke Hospital Serdang," menurut laporan itu.
Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan pihak berkuasa berhubung dakwaan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram