[VIDEO] Lepas sah dimiliki TFC, gandingan Ismahil-Ivan Mamut kini ditunggu-tunggu gegar Liga M


  • Podium
  • Selasa, 13 Feb 2024

Ivan Mamut (kiri) dan Ismahil merupakan pilihan utama sebagai penyerang skuad Sang Penyu musim depan. — Facebook/Terengganu FC

LANGKAH Terengganu FC untuk memperkukuhkan pasukan mereka pada jendela perpindahan kali ini diteruskan apabila pasukan Pantai Timur terbabit mengumumkan kehadiran Ismahil Akinade.

Bekas penyerang Kelantan FC itu diumumkan sebagai rekrut keempat mereka selepas Akram Mahinan dari Kuala Lumpur (KL) City FC serta duo Johor Darul Ta'zim (JDT), Akhyar Rashid dan Safawi Rasid.

Kehadirannya pasti akan memberi dimensi baharu buat jentera serangan skuad Sang Penyu yang kurang memberi impak dalam saingan pentas domestik dan Piala AFC musim lalu.

Rekod jaringan Ismahil di Pantai Timur bersama Kelantan FC dan Kelantan United FC boleh dikatakan punca Terengganu FC mengambil keputusan mendapatkannya kali ini.

Lapan gol dan lima assist direkodkannya dalam saingan Liga Super boleh dikatakan sebagai satu kepulangan berbaloi kerana kedua-dua kelab itu berdepan kesukaran di sebalik tabir.

Tidak cukup dengan itu, kemasukan penyerang kelahiran Nigera terbabit menyaksikan dia akan mengurangkan beban dipikul pemain import Croatia, Ivan Mamut.

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas Safawi-Akhyar, khabarnya Ismahil Akinade antara 3 nama besar 'OTW' ke Terengganu

Ismahil merupakan rekrut keempat skuad Sang Penyu pada jendela perpindahan kali ini. Facebook/Terengganu FC

BACA LAGI: Hanya sebab cedera semasa latihan, Terengganu pernah tamatkan kontrak bintang import lebih awal

Malah, harapan besar turut diletakkan sebahagian penyokong skuad Sang Penyu yang mahu Ismahil digandingkan dengan penjaring terbanyak pasukan itu musim lalu.

"OK sahaja dia ni ketika di Kelantan kerana ketinggiannya. Tetapi, lebih penting dari segi kelajuan. Harap menjadilah dia dengan Ivan Mamut," kata Mohd Zaki Hassan.

"Walaupun kedua-dua kelab Kelantan bermasalah, dia masih mampu menjadi peledak berbahaya. Harap lebih tajam ketika bersama Terengganu FC nanti," kata Ayie Sufia.

"Padu dia ni, cuma tidak menonjol kerana hanya beraksi dengan kelab bawahan sahaja. Apapun, harap yang terbaik buatnya ketika bersama Terengganu FC," ujar Max Jgax.

Skuad Sang Penyu masih memerlukan tambahan dalam jentera serangan mereka meskipun melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu.

Bagaimanapun, dengan saingan akan datang dijangka lebih mencabar, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner masih perlu mendapatkan penyerang baharu dengan Ismahil merupakan solusi terbaik mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram