Hanya sebab cedera semasa latihan, Terengganu pernah tamatkan kontrak bintang import lebih awal


  • Podium
  • Sabtu, 10 Feb 2024

Skuad Terengganu FC musim 2015 yang dikendalikan oleh Ahmad Yusof. — Agensi

MASIH terbayang kehebatan Terengganu FC (TFC) yang menjadi antara kuasa besar bola sepak pada 2011.

Ketika itu, Irfan Bakti yang mengemudi TFC turut memacu kejayaan skuad Sang Penyu untuk meraih naib juara Liga Super 2011 dan naib juara Piala Malaysia, selain menjulang trofi Piala FA.

BACA LAGI: Bagai jelmaan S. Kunanlan, ubi muda skuad Jang jadi taruhan NSFC musim depan

Hassan

Chaito merupakan pemain import yang awal ditamatkan kontrak berikutan masalah kecederaan. Agensi

BACA LAGI: Piala Asia: Qatar, Jordan sasar cipta sejarah dalam final sebagai dorongan

Kalau nak tahu, sembilan tahun lalu, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) pernah mengikat pemain kebangsaan Lubnan, Hassan Chaito dalam memperkuatkan pasukan itu dalam kempen Liga Super 2015.

Namun, ibarat tempat persinggahan, kontrak pemain import tersebut ditamatkan lebih awal berikutan mengalami kecederaan.

Pemain kelahiran Lubnan ketika itu menandatangani kontrak semusim pada November 2014 untuk kuota pemain import Asia.

Chaito dilaporkan mahu meminta pelepasan dengan PBSNT untuk pulang ke negara asalnya bagi merawat kecederaan yang dialami ketika itu.

Meskipun hanya mahu merawat kecederaannya, pihak pengurusan Terengganu ketika itu enggan mengambil risiko berikutan ketiadaan pemain di bahagian serangan.

Susulan itu, PBSNT mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak Chaito lebih awal.

Bekas pemain tengah pasukan Al-Shahab itu dilaporkan mengalami kecederaan hamstring ketika menjalani latihan persiapan Liga Malaysia (Liga M) musim 2015. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram