BARU-BARU ini, pemain warisan negara, Nooa Laine sudah diumumkan secara rasmi sebagai bintang baharu Selangor FC untuk musim 2024/25.
Pemain skuad Bawah 23 (B-23) Tahun negara itu memilih untuk menyertai Selangor selepas mendedahkan bahawa dia sudah lama diburu oleh pasukan Gergasi Merah.
Pastinya, kehadiran Nooa yang pernah beraksi di Liga Finland itu dilihat berpotensi untuk membantu Gergasi Merah bersaing di pentas Asia iaitu Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).
BACA LAGI: Kim Swee ada senjata rahsia, ketiadaan Saddil Ramdani bukan penghalang
Pertahanan Nigeria, Aliyu (dua dari kanan) dijangka berpotensi membantu skuad Jang meraih keputusan positif musim 2024/25. — Agensi
BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara insiden dalam terowong, kelab Terengganu enggan teruskan permainan berdepan JDT
Bagaimanapun, menerusi satu hantaran di laman X, seorang bekas pemain Liga Finland dikatakan bakal mengikut jejak langkah pemain tengah Selangor FC itu.
Perkara itu dikongsikan oleh pemerhati sukan, Fadhirul Shuhaimi yang mengatakan bahawa pertahanan Nigeria, Aliyu Abubakar bakal berhijrah ke bumi Malaysia.
Ia sekali gus mahu membantu memperkuatkan bahagian pertahanan Negeri Sembilan FC (NSFC).
"Difahamkan tonggak pertahanan kelahiran Nigeria, Aliyu Abubakar bakal memperkuatkan Negeri Sembilan FC musim 2024/2025.
"Pemain berusia 27 tahun ini pernah beraksi di liga utama beberapa buah negara seperti Finland, Belarus & Kazakhstan," ciapnya.
Mempunyai pengalaman yang luas dalam bola sepak, pemain berusia 27 tahun itu pernah beraksi bersama beberapa liga terkemuka di Eropah.
Ketika ini, Aliyu beraksi bersama kelab divisyen dua Liga Kazakhstan iaitu kelab Khan Tengri dan sudah tampil sebanyak tiga penampilan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram